awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

181 ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Ops PeWA

Hilmi Malik
Hilmi Malik
24/09/2019
15:11 MYT
181 ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Ops PeWA
Antara warga asing yang ditahan pada Operasi Bersepadu Pemandu Warga Asing di Stesen LRT Puchong Perdana hari ini. - Foto BERNAMA
Seramai 181 warga asing didapati bersalah atas pelbagai kesalahan dalam Ops PeWA yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor termasuk 290 kenderaan yang telah diambil tindakan.
Operasi yang dimulakan sejak awal bulan September hingga tengah hari Selasa berjalan di sekitar Subang Jaya termasuk beberapa lokasi lain di sekitar Selangor dengan sebanyak 775 notis dikeluarkan termasuk saman dalam tempoh 48 jam.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor Nazli Md Taib berkata, hasil pemeriksaan dan risikan di sepanjang operasi itu mendapati rata-rata warga asing ini bukan sahaja tidak memiliki lesen malah tiada perlindungan insuran termasuk mengubah suai kenderaan motor beroda tiga.
“Dalam operasi ini kita tahan warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan terutamanya yang beroda tiga tanpa lesen dan kelulusan.
“Ada juga yang memandu bas kilang, lori sampah dan mereka ini tiada lesen dan boleh membahayakan orang awam kerana tiada kemahiran dan tiada lesen dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada Ops Pewa pada Selasa di Puchong Perdana.
Kenderaan jenis motosikal mencatatkan angka tertinggi termasuk yang beroda tiga dalam operasi bersepadu tersebut.
Seramai 358 anggota JPJ yang terlibat dalam operasi bersepadu berkenaan dibantu agensi penguatkuasa lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Topic Berkaitan
#Imigresen
#JPJ
#JPJ Selangor
#Ops Pewa
#pati
#PDRM
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan