awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

181 individu ingkar SOP PKP ditahan

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2021
09:27 MYT
181 individu ingkar SOP PKP ditahan
Seramai 181 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 181 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 93 dikompaun, 80 direman dan lapan lagi dijamin.
"Antara kesalahan direkodkan ialah aktiviti pusat hiburan (106), tiada penjarakan fizikal (35), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (24), aktiviti perjudian (8), tidak memakai pelitup muka (5), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (2) dan premis beroperasi lebih masa (1)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, Operasi Benteng semalam telah menangkap 59 orang PATI dan merampas empat buah bot/kapal serta lima buah kenderaan darat.
"Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 39 buah bot/kapal di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan," tambahnya.
Semalam, seramai 873 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
"Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 151,300 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 79 hotel dan 11 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.
"Daripada jumlah itu, seramai 7,101 individu telah dikuarantin dan 143,095 orang dibenarkan pulang manakala 1,104 lagi dibawa ke hospital," ujarnya.
Selain itu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan setakat ini, seramai 640,997 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 33,205 majikan.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#SOP
#perintah kawalan pergerakan
#rentas negeri
#PKP
#menteri
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan