awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

181 kes lemas dicatat dari Januari sehingga Ogos

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
26/09/2021
21:01 MYT
181 kes lemas dicatat dari Januari sehingga Ogos
Orang ramai diingatkan agar tidak terlalu ghairah melakukan aktiviti di air meskipun kebanyakan lokasi pelancongan serta pusat rekreasi telah dibuka. - Astro AWANI
MARANG: Sebanyak 181 kes lemas telah direkodkan bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini dengan membabitkan 171 kematian.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, menerusi jumlah itu Sarawak merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 32 kematian diikuti Perak dengan sebanyak 22 kes kehilangan nyawa.
Justeru itu beliau mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu ghairah melakukan aktiviti di air meskipun kebanyakan lokasi pelancongan serta pusat rekreasi telah dibuka.
"Memang kita risaukan dalam keadaan perubahan cuaca ini keadaan, kalau di pesisir pantai di pantai timur ini, dari segi kekuatan ombak telah pun meningkat dan kalau kurang diberi perhatian ahli keluarga dan sedikit kelalaian boleh mengakibatkan kehilangan nyawa ahli keluarga termasuk juga aktiviti di kawasan air terjun," katanya.
Beliau turut menggesa orang ramai yang mengambil peluang untuk beriadah di sungai, pantai dan kawasan air terjun agar sentiasa peka dengan keadaan semasa ketika melakukan aktiviti di air bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini segi meragut nyawa.
Sementara itu Abdul Wahab berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti sebanyak 1,848 kawasan berisiko banjir di seluruh negara.
Katanya pihaknya memfokuskan enam buah negeri yang dijangka berisiko berlaku banjir besar melibatkan tiga negeri di pantai timur diikuti Johor, Sabah dan Sarawak.
Menurutnya lebih 10,000 kekuatan bersama aset telah bersedia bagi menghadapi peralihan monsun timur laut yang dijangka melanda tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
#lemas
#bomba
#Abdul Wahab Mat Yasin
#Aktiviti air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan