MALAYSIA
182 PMKS Sabah manfaat RM19 juta bantuan kewangan melalui SME Corp. Malaysia
Ewon menyampaikan cek cura berjumlah RM1.3 juta kepada 18 penerima BEEP 2.0, BEEP Plus dan TUBE sebagai sokongan kepada pertumbuhan perniagaan di peringkat negeri. - Gambar SME Corp. Malaysia
KUALA LUMPUR: Sebanyak 182 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah menerima manfaat bantuan kewangan berjumlah RM18.9 juta di bawah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2.0 dan BEEP Plus sehingga kini.
Ringkasan AI
Bantuan berbentuk geran itu disalurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya, SME Corp. Malaysia, sebagai bukti komitmen berterusan kerajaan memperkasa pembangunan usahawan tempatan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata kejayaan pelaksanaan kedua-dua program itu bukan sahaja memperkukuh perniagaan mikro di kawasan bandar dan luar bandar, malah menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat.
“Pencapaian BEEP dan BEEP Plus bukan sahaja menyokong pertumbuhan perniagaan mikro di kawasan bandar dan luar bandar, malah memperkukuh ekonomi komuniti setempat melalui penciptaan peluang pekerjaan serta peningkatan kapasiti perniagaan.
“Lebih penting, program ini menjadi pemangkin dalam usaha mengurangkan jurang pembangunan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur, dengan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan usahawan Bumiputera di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Hari Terbuka Hab PMKS Sabah dan sesi ramah mesra bersama alumni Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang diadakan di Dewan Huguan Siou, Penampang, hari ini.
Dalam majlis itu, Ewon turut menyampaikan cek cura berjumlah RM1.3 juta kepada 18 penerima BEEP 2.0, BEEP Plus dan TUBE sebagai sokongan kepada pertumbuhan perniagaan di peringkat negeri.
Program BEEP menyediakan bantuan bersepadu meliputi khidmat nasihat, latihan, sokongan teknikal dan bantuan kewangan sehingga RM500,000, manakala BEEP Plus yang dibiayai melalui dana Mikro MADANI menawarkan geran padanan sehingga RM250,000 khusus untuk perusahaan mikro Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Pengerusi SME Corp. Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok, berkata pendekatan turun padang seperti Hari Terbuka Hab PMKS memberi ruang interaksi lebih rapat antara agensi dan usahawan.
“Pendekatan turun padang seperti Hari Terbuka Hab PMKS bukan sahaja memperkukuh hubungan antara agensi dan usahawan, tetapi turut memberi nilai tambah yang nyata kepada PMKS.
“Melalui interaksi secara langsung, usahawan berpeluang mendapatkan maklumat tepat, bimbingan berkesan dan membina jaringan strategik bagi memperluas pasaran,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Datuk Nainy, dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Hab PMKS Sabah terus berperanan sebagai pusat capaian kepada masyarakat dan usahawan tempatan, selain menjadi platform pendedahan kepada pelbagai kemudahan serta program kerajaan.
Beliau berkata, Hari Terbuka Hab PMKS Sabah kali ini merupakan penganjuran ketiga sejak hab berkenaan dirasmikan pada 3 Mei lalu.
Program sehari itu turut menampilkan pelbagai aktiviti seperti sesi bicara (pocket talk), reruai jualan, dan cabutan bertuah, selain penyertaan agensi seperti TEKUN Nasional, INSKEN, Bank Rakyat dan PERNAS.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, serta Tan Sri Bernard Giluk Dompok, yang juga pengerusi SME Corp. Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai program dan inisiatif SME Corp. Malaysia, layari www.smecorp.gov.my.
Ringkasan AI
- 182 perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di Sabah menerima bantuan kewangan sebanyak RM18.9 juta melalui Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2.0 dan BEEP Plus yang disalurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SME Corp. Malaysia.
- Bantuan berupa geran tersebut membantu memperkukuh perniagaan mikro di kawasan bandar dan luar bandar, serta menyokong pembangunan ekonomi komuniti setempat, memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
- Program BEEP dan BEEP Plus tidak hanya memperluas peluang pekerjaan dan peningkatan kapasiti perniagaan, malah turut berperanan dalam mengurangkan jurang pembangunan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur, dengan nilai tambah seperti interaksi langsung antara agensi dan usahawan.