KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan bilangan 185 orang daripada 47 keluarga, setakat awal pagi hari ini.

Sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah, Kelantan dan Johor.

Di KEDAH, jumlah mangsa banjir semakin menurun dengan seramai 149 daripada 39 keluarga ditempatkan di tiga PPS yang masih dibuka.

Antara kawasan terjejas banjir di negeri Darul Aman itu ialah Pendang dan Kubang Pasu.

Sementara itu, sebuah PPS dibuka di negeri Kelantan yang menempatkan 26 mangsa daripada enam buah keluarga.

Daerah terjejas di Kelantan ialah Bachok.

Dalam pada itu, Johor membuka sebuah PPS bagi menempatkan 10 mangsa banjir daripada dua buah keluarga.

Daerah terjejas banjir di negeri itu ialah Tangkak.