MALAYSIA
19 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Perak Tengah
Menurut pihak bomba, terdiri daripada 27 lelaki dewasa, 29 perempuan dewasa, 16 kanak-kanak lelaki dan 14 kanak-kanak perempuan. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan banjir di Perak Tengah setakat 8 pagi ini ialah 86 orang daripada 19 keluarga.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Datuk Yahya Madis berkata mereka ditempatkan di Surau Nurul Jannah, Parit 6, Layang-Layang Kiri.
"Mereka terdiri daripada 27 lelaki dewasa, 29 perempuan dewasa, 16 kanak-kanak lelaki dan 14 kanak-kanak perempuan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Paras air di kawasan terbabit ialah 0.75 meter dan masih tidak berubah, katanya.