Skip to main content

Malaysia

19 laporan diterima terhadap individu menyamar pengawal Raja Muda Selangor

Shazeli bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor, Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian
Shazeli bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor, Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian

Advertisement

SHAH ALAM: Individu yang disyaki menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit kepada Raja Muda Selangor bagi memperdayakan orang awam didapati mempunyai 19 laporan di seluruh negara. 

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata daripada jumlah itu sembilan laporan berkaitan penipuan diterima di Selangor membabitkan lelaki warga tempatan berusia 40 tahun berkenaan dengan anggaran kerugian hampir RM700,000. 

“Polis juga ingin menegaskan individu ini bukan staf istana dan tidak mempunyai kaitan dengan Institusi Diraja Selangor dan disyaki hanya orang biasa yang mengambil kesempatan menipu rakan-rakan,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor, di sini hari ini. 

Shazeli berkata polis turut menahan seorang wanita warga tempatan berusia lingkungan 30-an yang dipercayai tunang kepada suspek bagi membantu siasatan.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk memaklumkan ke mana-mana balai yang berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Norizuana Saaidin melalui talian 014-717 5567. 

-- BERNAMA 

 

 

Must Watch Video

Advertisement