awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

19 lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD - JPBN Sarawak

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
01/09/2021
11:15 MYT
19 lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD - JPBN Sarawak
Sarawak pada Rabu merekodkan pertambahan 2,414 kes positif dengan hanya tujuh atau 0.29 peratus kes kategori empat dan lima. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: 19 lokaliti melibatkan empat daerah di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 31 Ogos 2021 sehingga 15 September 2021.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ia melibatkan daerah Bintulu, Sri Aman, Lubok Antu dan Betong.
‘’Bagi daerah Bintulu melibatkan satu bilik sewa atas kedai Yeo’s Motor dan kuarters pekerja Justrite 708, Kidurong Industrial Area bermula 31 Ogos 2021 sehingga 13 September 2021.
‘’Dua lokaliti di Sri Aman melibatkan Rumah Betie dan Rumah Miah, Kampung Munggu Ridan di Pantu dikenakan PKPD bermula 31 Ogos 2021 sehingga 13 September 2021.
‘’Manakala Rumah Bisop di Kampung Rapak Gelu, Pantu dan Rumah Dennis di Kampung Sawa Ili di Lingga dikenakan PKPD bermula 1 September 2021 sehingga 14 September 2021,’’ katanya.
Selain itu, tiga lagi lokaliti di daerah Lubok Antu melibatkan Rumah Ujak, Pengansah di Engkelili, Rumah Endawie, Nanga Jela di Batang Ai dan Rumah Ubam, Lio, di Engekelili dikenakan PKPD bermula 1 September 2021 sehingga 14 September 2021.
Manakala 10 lokaliti di daerah Betong melibatkan Rumah Bawie, Rapong, Rumah Lebin, Muton Baru, Rumah Denil, Menyalin Baru, Rumah Sabal, Batu Lapan, Rumah Michael, Sebangkoi, Rumah Sibat, Penurin, Rumah Lugat, Penyelanih Kiba, Rumah Langan, Nanga Mara, Rumah Joseph, Jambu Kerampak dan Rumah Bayai, Melaban dikenakan PKPD bermula 2 September sehingga 15 September 2021.
‘’Antara lain, satu lokaliti di daerah Lubok Antu melibatkan Rumah Machau, Nanga Kumpang, dikenakan pelanjutan pelaksanaan PKPD bermula 31 Ogos 2021 sehingga 7 September 2021,’’ tambahnya.
Sarawak pada Rabu merekodkan pertambahan 2,414 kes positif dengan hanya tujuh atau 0.29 peratus kes membabitkan kategori empat dan lima.
Selebihnya melibatkan 2,060 kes atau 85.34 peratus merupakan kes kategori satu dan 347 atau 14.37 peratus kes kategori dua.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#PKPD di Sarawak
#kes COVID-19 tertinggi
#peratusan kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan