[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

19 maut bas bertembung dengan trak

Bernama 27/10/2024 | 03:15 MYT
Suruhanjaya Bantuan Mangsa Negeri sedang menyelaraskan sokongan kepada mangsa serta keluarga mereka. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan enam lagi cedera parah apabila sebuah bas bertembung dengan trak dua treler, lapor Agensi Anadolu yang memetik pihak berkuasa tempatan.
Bas berkenaan dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Tepic ke Chihuahua sebelum kemalangan berlaku berhampiran Zacatecas pada awal pagi Sabtu.
Setiausaha Agung Kerajaan Zacatecas, Rodrigo Reyes Muguerza, memaklumkan bahawa penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital di Zacatecas untuk rawatan lanjut.
Gabenor Zacatecas, David Monreal Avila menerusi platform X berkata bahawa semua perkhidmatan keselamatan dan kecemasan dikerah ke lokasi kejadian.
"Saya mengucapkan takziah dan menyatakan solidariti kepada mereka yang kehilangan orang tersayang," katanya, sambil berjanji akan memberi bantuan kepada semua mangsa.
Laporan turut menyebut bahawa pemandu trak melarikan diri dari lokasi kejadian namun berjaya ditahan oleh pegawai Pengawal Kebangsaan.
Sementara itu, Pejabat Peguam Negara telah melancarkan siasatan jenayah, manakala Suruhanjaya Bantuan Mangsa Negeri sedang menyelaraskan sokongan kepada mangsa serta keluarga mereka.
-- BERNAMA
#kemalangan bas #Mexico #kemalangan maut #kemalangan lori