NATIONAL
19 muzium dibuka secara percuma 18 Mei ini - Aaron

Aaron mengajak orang ramai untuk memanfaatkan peluang itu bagi menyelami kekayaan sejarah, kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan yang menjadi teras identiti Malaysia. -Facebook
PUTRAJAYA: Kesemua 19 muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dibuka secara percuma kepada orang ramai sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa pada 18 Mei ini, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Ringkasan AI
- Semua 19 muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) akan dibuka secara percuma kepada orang ramai pada 18 Mei sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa.
- Tawaran ini termasuk muzium utama seperti Muzium Negara, Muzium Automobil Nasional, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, dan Muzium Seni Bina Malaysia.
- Menteri Perpaduan Negara menggalakkan rakyat memanfaatkan peluang ini untuk menyelami sejarah, budaya dan semangat perpaduan yang membentuk identiti Malaysia.

"Dari utara ke selatan, dari timur ke barat, muzium menjadi titik pertemuan antara warisan silam dan aspirasi masa depan, menghubungkan komuniti atas semangat perpaduan dan kecintaan terhadap sejarah.
"Ayuh lawati muzium-muzium JMM di seluruh negara dan raikan warisan kita bersama-sama," katanya.
Senarai muzium berkenaan boleh didapati di pautan https://www.facebook.com/nationalmuseumkl?.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami