Antara 19 pemandu teksi yang ditahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam operasi bersepadu di sekitar Lembah Kelang malam tadi, 13 daripadanya tidak menggunakan meter.
Pengurus Besar Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata kesalahan lain termasuk mengenakan tambang tambahan dan tiada permit teksi.
Dalam operasi berkenaan, beberapa anggota ditugaskan menyamar sebagai penumpang di beberapa kawasan tumpuan pelancong seperti Bukit Bintang dan KLCC sebelum meminta pemandu teksi menghantar mereka ke Stadium Merdeka.
Menurut Che Hasni, pihaknya serius khususnya dalam membanteras gejala pemandu teksi yang tidak menggunakan meter berikutan banyak aduan yang diterima pelancong termasuk rakyat tempatan.
"Ini sangat penting kerana ini Tahun Melawat Malaysia dan ramai pelancong datang kita tidak mahu mereka ditipu dengan menggenakan tambang lebih dan pada penduduk tempatan ada teksi yang tidak mahu mengambil penumpang. Enggan mengambil penumpang pun satu kesalahan." kata beliau dalam sidang media selepas operasi berkenaan di Stadium Merdeka.
Operasi SPAD bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia itu bermula pada jam 8 malam sehingga 10 malam melibatkan sejumlah 34 buah teksi.
Daripada 19 yang ditahan, 13 kes tidak menggunakan meter, 3 kes menetapkan kadar tambang manakala 2 kes lagi enggan mengambil penumpang dan 1 kes tiada kad pemandu.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam darat termasuk denda RM1,000 hingga RM5,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, Che Hasni menasihatkan orang ramai membuat aduan berkenaan kesalahan teksi dengan memberikan butiran lengkap teksi terbabit kepada pihak SPAD.
"Di mana, bila, jam berapa dan kalau dapat sebab dari teksi di dashboard kita boleh tengok nama pemandu. Kalau ada nama ambil nama dia. Kita ada smart phone ambil gambar rekod perbualan yang kemudian boleh buat bahan bukti." tambah beliau.
Penahanan daripada operasi itu sekaligus menambah kepada jumlah statistik kesalahan teksi setakat tahun ini melibatkan 451 teksi di sekitar Lembah Kelang.
Antaranya merekodkan kesalahan tiada kad pemandu 148 kes, tiada permit 98 kes dan tidak menggunakan meter 79 kes.
Selain itu, kesalahan meletak di tempat tidak dibernarkan sebanyak 58 kes dan lain-lain kesalahan termasuk kelakuan atau berpakaian tidak kemas sebanyak 70 kes.
Tan Su Lin
Sat Apr 05 2014
-- gambar fail
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Seorang lelaki ditahan dalam Ops Ulat di Terminal One
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan selepas didapati menawarkan khidmat menjual tiket di luar kaunter tiket.
SPAD komited selesai kes ulat tiket dalam tempoh 24 jam
SPAD komited untuk menyelesaikan dan mengambil tindakan segera bagi menangani kes melibatkan ulat tiket dalam tempoh 24 jam.
Sebanyak 33,652 kes direkodkan SPAD sejak tahun 2011
Sebanyak 33,652 kes pelanggaran undang-undang direkodkan SPAD melibatkan pelbagai jenis kenderaan sejak badan itu mula ditubuhkan pada tahun 2011.
19 pemandu teksi ditahan dalam ops bersepadu SPAD
Dalam operasi tersebut, beberapa anggota menyamar sebagai penumpang dan meminta pemandu teksi menghantar mereka ke Stadium Merdeka.