[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

19 rumah teres dua tingkat terjejas tanah runtuh - Bomba

Bernama 17/09/2021 | 16:36 MYT
Sebanyak 19 rumah teres dua tingkat membabitkan 28 keluarga terjejas akibat insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights malam ini. - Foto media sosial/Bomba Selangor
KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 rumah teres dua tingkat membabitkan 28 keluarga terjejas akibat insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights di sini malam ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam dan tiba di lokasi 11 minit kemudian untuk operasi menyelamat.
Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba bertindak memindahkan semua mangsa bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
"Tiada mangsa yang cedera dilaporkan," katanya ketika dihubungi malam ini.
-- BERNAMA
#rumah teres #tanah runtuh #Jalan Kemensah Heights #bomba Selangor