awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

19 termasuk seorang wanita ditahan kerana sabung ayam

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
25/11/2017
08:14 MYT
19 termasuk seorang wanita ditahan kerana sabung ayam
Seramai 19 kaki judi termasuk seorang wanita ditahan kerana dipercayai terlibat dalam perjudian sabung ayam di Kampung Kompimpinan Dabak, Jalan Putatan, Penampang, malam tadi.
Keasyikan 19 kaki judi termasuk seorang wanita menyaksikan pertaruhan judi sabung ayam berakhir apabila mereka diberkas polis dalam serbuan di Kampung Kompimpinan Dabak, Jalan Putatan, Penampang, malam tadi.
Dalam serbuan jam 12 tengah malam itu, polis turut merampas 38 ekor ayam dipercayai digunakan dalam permainan judi sabung ayam dan wang tunai RM3,156.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang Asisten Superintendan Rajendran Yalamalai berkata, sepasukan polis melakukan intipan selama dua jam bermula jam 10 hingga 12 malam.
"Kita dapati sekumpulan individu terdiri daripada 18 lelaki dan seorang perempuan bersama 38 ekor ayam berada di gelanggang khas di Kampung Kompimpinan Dabak dan telah mengadakan satu pertaruhan sabung ayam.
"Setiap pertaruhan masa selama 15 minit dan pertaruhan sampai RM2,000," katanya, ketika ditemui di lokasi serbuan, malam tadi.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, kegiatan sabung ayam terbabit sudah dijalankan sejak tiga bulan lalu dan dipercayai mereka mempunyai kumpulan dalam aplikasi Whatsapp bagi memaklumkan setiap pertaruhan yang akan dijalankan.
"Dalam serbuan itu, semua suspek yang ditahan termasuk seorang wanita yang bertindak sebagai penganjur berusia antara 26 hingga 66 tahun.
"Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan dan Seksyen 3(1) Penganiayaan Terhadap Binatang 1953," katanya.
Topic Berkaitan
#Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Penampang
#jenayah
#lelaki
#Penampang
#polis
#sabung ayam
#siasatan
#suspek
#wanita
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan