awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NASA sahkan objek pertama tanpa bintang dan didominasi jirim gelap di alam semesta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
'Saya pasti Azizulhasi Awang wakili Malaysia ke Piala Dunia' - Beasley
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

19 tong bahan kimia dipercayai dibuang di tanah rizab Sungai Langat 3 hari lalu - Exco

Fareez Azman
Fareez Azman
03/02/2021
03:40 MYT
19 tong bahan kimia dipercayai dibuang di tanah rizab Sungai Langat 3 hari lalu - Exco
Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian, siasatan di lokasi kejadian menemui bahan kimia pelarut dan penipis cat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KAJANG:19 tong berisi bahan kimia yang ditemui berhampiran Taman Reko, Kajang pada Selasa malam dipercayai telah dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab tiga hari lalu.
Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian, siasatan di lokasi kejadian menemui bahan kimia pelarut dan penipis cat.
“Hasil siasatan menemui 13 tong besar dan enam tong kecil di kawasan kejadian. Cecair dan bahan buangan dalam tong besar mengeluarkan bau bahan pelarut, tong kecil pula seakan akan penipis cat. Bahan ini seharusnya dilupuskan di kawasan ditetapkan.
“Lokasi pencemaran ini jaraknya 13 kilometer dari Loji Rawatan (LRA) Air Sungai Langat, dan 24 kilometer dari LRA Langat 2,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian pada Rabu.
Bagaimanapun pemeriksaan di sekitar kawasan sungai tidak menemui sebarang pencemaran bahan buangan terbabit.
“Jarak tempat dibuang dan Sungai Langat hanya 10 meter. Pemantauan di bahagian hilir Sungai Langat mendapati tiada kesan bau solven (bahan pelarut) dan tidak menyebabkan gangguan bekalan air,” jelasnya lagi.
Pihak berkuasa tambah Loy Sian akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan suspek yang membuang bahan kimia terbabit.
“Majlis Perbandaran Kajang (MPK) terima aduan dari orang awam kemudian mereka beri maklumat kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
“Kejadian dipercayai dilakukan dua atau tiga hari lalu pada sebelah malam. Kita akan siasat,” katanya lagi.
JAS ujar Loy Sian akan menutup kawasan itu untuk tujuan siasatan lanjut dan pelupusan sisa bahan kimia berkenaan.
Topic Berkaitan
#Kajang
#19 tong berisi bahan kimia
#Taman Reko
#Exco Alam Sekitar Negeri Selangor
#Hee Loy Sian
#LRA Sungai Langat
#pencemaran sungai
#JAS
#pencemaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan