awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

191 PKD diaktifkan sebagai Pusat Daftar Vaksin Luar Bandar bermula 20 Mei

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
06/05/2021
06:51 MYT
191 PKD diaktifkan sebagai Pusat Daftar Vaksin Luar Bandar bermula 20 Mei
Abdul Latiff berkata langkah itu bagi memastikan 7.6 juta masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam mendaftar sebagai penerima vaksin. - Foto Astro AWANI
MERSING: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengaktifkan sebanyak 191 buah Pusat Komuniti Desa (PKD) sebagai Pusat Daftar Vaksin Luar Bandar bermula 20 Mei ini.
Menterinya, Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata langkah itu bagi memastikan 7.6 juta masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.
Katanya bagi melancarkan urusan pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Pengurus PKD akan menjadi barisan hadapan KPLB dalam membantu melancarkan pendaftaran secara dalam talian menggunakan portal www.vaksincovid.gov.my.
"Pendaftaran juga berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
"Menerusi inisiatif pengaktifan PKD sebagai Pusat Daftar Vaksin Luar Bandar, Kementerian menyasarkan peningkatan sebanyak 20 hingga 30 peratus jumlah pendaftaran vaksin sedia ada, serta mempercepatkan lagi proses imunisasi COVID-19 terutama masyarakat luar bandar.
"Kerjasama pelbagai agensi ini amat diperlukan apatah lagi ketika kes positif COVID-19 kini menunjukkan trend peningkatan serta di tahap membimbangkan," katanya pada sidang media selepas Program Vaksinasi COVID-19 daerah Mersing di Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, hari ini.
Menurut Abdul Latiff, daripada 191 PKD, 89 PKD mempunyai akses internet Unifi 100mbps dan 34 buah PKD mempunyai akses internet STX 8mbps.
Manakala lagi 32 buah PKD mempunyai akses internet VSAT (Satelit) dan 36 buah PKD menggunakan pendaftaran manual (borang).
"PKD di seluruh negara, dengan pecahan Johor (24), Terengganu (31), Pahang (20), Kedah (30), Kelantan (15), Sabah (15), Negeri Sembilan (10), Selangor (9), Perak (13), Melaka (13), Sarawak (6), Perlis (3) dan Pulau Pinang (2).
"Selain itu juga, KPLB akan turut membantu agensi kerajaan yang lain dalam meningkatkan promosi dan publisiti serta menerangkan mengenai keperluan pengambilan vaksin kepada masyarakat luar bandar. Menerusi agensi-agensi KPLB yang berada di lapangan seperti Kemas, JAKOA, Risda, Felcra Berhad, Mara dan sebagainya," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#kes positif
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#program vaksinasi
#Kementerian Pembangunan Luar Bandar
#Dr Abdul Latiff Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan