MALAYSIA
1,927 pegawai kadet PALAPES terima pentauliahan
Istiadat bersejarah itu disaksikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, yang turut berkenan menyampaikan titah diraja kepada para pegawai kadet yang ditauliahkan. -Facebook Mohd Masran Mat Aris
SERDANG: Seramai 1,927 orang pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dari universiti awam seluruh negara ditauliahkan sebagai Leftenan Muda ke dalam Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Istiadat Pentauliahan Diraja yang berlangsung pada Sabtu.
Ringkasan AI
Istiadat bersejarah itu disaksikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, yang turut berkenan menyampaikan titah diraja kepada para pegawai kadet yang ditauliahkan.
Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar; dan Naib Canselor UPM, Datuk Prof Ir Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.
Istiadat Perbarisan melibatkan 1,927 Pegawai Kadet PALAPES daripada 20 universiti awam dari seluruh Malaysia.
Turut diadakan penyampaian Anugerah Pedang Kehormat kepada 39 Pegawai Kadet Terbaik bagi setiap perkhidmatan.
Selesai istiadat perbarisan, Tengku Amir Shah turut berkenan mengurniakan watikah tauliah kepada para pegawai yang terdiri daripada 1,098 Pegawai Muda dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW), 431 Pegawai Muda di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dan 398 Pegawai Muda di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).
Dalam titahnya, Baginda mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pegawai kadet yang ditauliahkan, sambil mengingatkan bahawa pentauliahan ini bukan hanya simbol kejayaan peribadi, tetapi juga permulaan kepada tanggungjawab besar sebagai pemimpin muda dan perwira negara.
“Dengan ilmu asas ketenteraan yang telah dipelajari sepanjang latihan, beta berharap saudara dan saudari akan menjadi warganegara yang berdisiplin, berjiwa kesatria dan cintakan tanah air,” titah Baginda.
Baginda turut menegaskan bahawa sumpah taat setia yang diikrarkan adalah janji suci kepada nusa dan bangsa.
Justeru, para pegawai kadet diseru agar terus menyumbang bakti kepada negara dan mempamerkan semangat patriotik di mana jua mereka berada.
Dalam titah tersebut juga, Baginda menekankan peranan penting para pegawai muda dalam menyokong transformasi dan pemodenan ATM, sejajar dengan pelaksanaan konsep Angkatan Masa Hadapan yang lebih bersepadu, tangkas dan berfokus.
Turut disentuh ialah pendekatan “Whole of Government, Whole of Society" (WoGoS) yang memerlukan kerjasama menyeluruh antara agensi kerajaan, sektor swasta dan rakyat dalam mempertahankan negara daripada pelbagai bentuk ancaman.
Mengakhiri titah, baginda menyeru agar para pegawai kadet PALAPES terus aktif dalam perkhidmatan angkatan sukarela, atau mempertimbangkan untuk menyertai angkatan tetap ATM setelah menamatkan pengajian kelak.
“Penyertaan dan penglibatan saudara dan saudari sangat diperlukan untuk mengukuhkan pertahanan negara yang berdaulat ini,” titah Baginda lagi.
Ringkasan AI
- Seramai 1,927 pegawai kadet PALAPES dari 20 universiti awam ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Simpanan ATM dalam Istiadat Pentauliahan Diraja.
- Raja Muda Selangor bertitah agar pegawai muda terus berbakti kepada negara dan menyokong transformasi ATM melalui semangat kesatria dan patriotik.
- Watikah tauliah dikurniakan kepada 1,098 pegawai Rejimen Askar Wataniah, 431 pegawai PSSTLDM dan 398 pegawai PSSTUDM, dengan 39 kadet menerima Anugerah Pedang Kehormat.
Istiadat bersejarah itu disaksikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, yang turut berkenan menyampaikan titah diraja kepada para pegawai kadet yang ditauliahkan.
Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar; dan Naib Canselor UPM, Datuk Prof Ir Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.
Istiadat Perbarisan melibatkan 1,927 Pegawai Kadet PALAPES daripada 20 universiti awam dari seluruh Malaysia.
Turut diadakan penyampaian Anugerah Pedang Kehormat kepada 39 Pegawai Kadet Terbaik bagi setiap perkhidmatan.
Selesai istiadat perbarisan, Tengku Amir Shah turut berkenan mengurniakan watikah tauliah kepada para pegawai yang terdiri daripada 1,098 Pegawai Muda dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW), 431 Pegawai Muda di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dan 398 Pegawai Muda di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).
Dalam titahnya, Baginda mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pegawai kadet yang ditauliahkan, sambil mengingatkan bahawa pentauliahan ini bukan hanya simbol kejayaan peribadi, tetapi juga permulaan kepada tanggungjawab besar sebagai pemimpin muda dan perwira negara.
“Dengan ilmu asas ketenteraan yang telah dipelajari sepanjang latihan, beta berharap saudara dan saudari akan menjadi warganegara yang berdisiplin, berjiwa kesatria dan cintakan tanah air,” titah Baginda.
Baginda turut menegaskan bahawa sumpah taat setia yang diikrarkan adalah janji suci kepada nusa dan bangsa.
Justeru, para pegawai kadet diseru agar terus menyumbang bakti kepada negara dan mempamerkan semangat patriotik di mana jua mereka berada.
Dalam titah tersebut juga, Baginda menekankan peranan penting para pegawai muda dalam menyokong transformasi dan pemodenan ATM, sejajar dengan pelaksanaan konsep Angkatan Masa Hadapan yang lebih bersepadu, tangkas dan berfokus.
Turut disentuh ialah pendekatan “Whole of Government, Whole of Society" (WoGoS) yang memerlukan kerjasama menyeluruh antara agensi kerajaan, sektor swasta dan rakyat dalam mempertahankan negara daripada pelbagai bentuk ancaman.
Mengakhiri titah, baginda menyeru agar para pegawai kadet PALAPES terus aktif dalam perkhidmatan angkatan sukarela, atau mempertimbangkan untuk menyertai angkatan tetap ATM setelah menamatkan pengajian kelak.
“Penyertaan dan penglibatan saudara dan saudari sangat diperlukan untuk mengukuhkan pertahanan negara yang berdaulat ini,” titah Baginda lagi.

#Istiadat Pentauliahan Diraja
#pegawai kadet PALAPES
#universiti awam
#Leftenan Muda
#Pasukan Simpanan ATM