19,733 kes COVID19 hari ini, 361 kematian

Astro Awani
September 8, 2021 11:49 MYT
Menurut Dr Noor Hisham, jumlah terbaharu itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sehingga ini adalah 1,900,467 kes. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kes baharu COVID-19 di Malaysia berada pada angka di bawah 20,000 kes untuk tiga hari berturut-turut selepas merekodkan 19,733 kes hari ini.
Jumlah terbaharu itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sehingga ini adalah 1,900,467 kes.

Sehingga 8 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,733 kes (1,900,467 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 2,989 (630,575) WPKL - 537 (178,157) Sabah - 2,067 (165,439) Johor - 1,867 (155,500) Sarawak - 3,100 (140,912) Kedah - 1,564 (112,118)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 361 kematian direkodkan pada Rabu, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini berjumlah 19,163.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 102 kes merupakan BID (Brought In Dead) dengan melibatkan 71 warganegara dan selebihnya bukan warganegara.

Pulau Pinang - 2,474 (100,906) Negeri Sembilan - 256 (93,527) Kelantan - 1,471 (88,287) Perak - 1,319 (77,476) Melaka - 375 (51,588) Pahang - 700 (48,807) Terengganu - 904 (39,232) WP Labuan - 7 (9,850) WP Putrajaya - 29 (5,627) Perlis - 74 (2,466)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berikut antara intipati kenyataan beliau pada Rabu:
Dalam pada itu, Sarawak kekal menjadi negeri merekodkan kes tertinggi dengan 3,100 kes diikuti Selangor yang mencatatkan kes baharu di bawah angka 3,000 dengaan 2,989 kes baharu.
Manakala kes baharu di Pulau Pinang terus meningkat dengan 2,474 kes diikuti Sabah (2,067 kes), Johor (1,867 kes), Kedah (1,564 kes), Kelantan (1,471 kes) dan Perak (1,319 kes).
Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan kes baharu di bawah angka 1,000.
Perlis pula merekodkan 74 kes baharu, Putrajaya dengan 29 kes baharu dan hanya Labuan merekodkan kes baharu satu angka dengan tujuh kes baharu.
Dr Noor Hisham turut berkongsikan kapasiti dan penggunaan katil COVID-19 sehingga 7 September 2021.
Berdasarkan maklumat dikongsi beliau, penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh Malaysia kini adalah 84 peratus manakala penggunaan katil bukan ICU pula adalah sebanyak 77 peratus.
#Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #Selangor #Sarawak