awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB nafi tawar pinjaman perniagaan, dakwa didalangi individu menyamar

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2016
14:47 MYT
1MDB nafi tawar pinjaman perniagaan, dakwa didalangi individu menyamar
Dalam satu kenyataan pada Khamis, 1MDB nafi pernah menawarkan apa-apa pinjaman perniagaan atau membenarkan mana-mana pihak untuk mengutip bayaran berkaitan dengan syarikat itu.
Syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dimaklumkan terdapat individu-individu tertentu yang menyamar sebagai pegawainya, sambil menawarkan pinjaman perniagaan dan mengutip yuran pemprosesan.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, 1MDB nafi pernah menawarkan apa-apa pinjaman perniagaan atau membenarkan mana-mana pihak untuk mengutip bayaran berkaitan dengan syarikat itu.
"1MDB ingin menasihati orang ramai bahawa syarikat itu tidak pernah menawarkan pinjaman perniagaan atau pernah membenarkan mana-mana pihak untuk mengutip yuran atau caj untuk memproses sebarang permohonan berkaitan 1MDB," kata kenyataan itu.
Syarikat itu memaklumkan telah membuat laporan polis dan meminta sesiapa sahaja yang didatangi individu-individu berkenaan untuk turut segera melaporkannya kepada polis.
Semalam, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata tidak ada keperluan untuk diadakan semula siasatan terhadap 1MDB.
Pengerusinya Datuk Hasan Arifin berkata, ini kerana laporan jawatankuasa tersebut telah dipersetujui semua ahlinya sebelum ia dibentang di Parlimen.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#laporan polis
#menyamar
#pegawai perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan