awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suami sakit kronik, Hanim buntu rumah rosak akibat banjir
PM Anwar lancar 'I LITE U' malam ini, pacu TMM 2026
EV direka dengan sistem keselamatan ketat, selamat ketika banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Pasukan pembelaan Najib akan temu bual Roger Ng

Bernama
Bernama
17/04/2025
07:05 MYT
1MDB: Pasukan pembelaan Najib akan temu bual Roger Ng
Najib (tengah) hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi perbicaraan bela diri kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung RM2.3 bilion dana 1MDB. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa akan ditemu bual oleh pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang berlangsung.

Ringkasan AI
  • Roger Ng Chong Hwa, bekas pegawai bank Goldman Sachs, akan ditemu bual oleh pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbicaraan kes 1MDB.
  • Roger Ng telah kembali ke Malaysia pada 2023 untuk membantu siasatan dan akan diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi pertuduhan berkaitan skandal 1MDB.
  • Najib Tun Razak menghadapi 25 pertuduhan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB, dan mahkamah telah memerintahkan beliau membela diri.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa pihak pembelaan akan menemu bual Roger Ng terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada beliau akan dipanggil sebagai saksi, jika perlu.
Perkembangan terbaharu ini dimaklumkan selepas Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar meminta mahkamah menetapkan tarikh khusus daripada pihak pembelaan berkenaan kehadiran Roger Ng ke mahkamah sekiranya beliau diperlukan untuk memberi keterangan.
Pada 2023, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bahawa Roger Ng telah kembali ke Malaysia bagi membantu siasatan berkaitan skandal kewangan 1MDB.
Roger Ng, yang berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas disabitkan kesalahan di New York kerana bersubahat dalam penyelewengan dana 1MDB, akan diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi pertuduhan berkaitan kes berkenaan.
Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Sequerah memerintahkan Najib membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Najib, 71, menghadapi 25 pertuduhan, termasuk empat pertuduhan menyalahgunakna jawatannya untuk menerima rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Mahkamah meneruskan perbicaraan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Razak
#Roger Ng
#Goldman Sachs
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan