KUALA LUMPUR: Pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beberapa pegawai bank tidak pernah bersubahat untuk menipu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta rakyat Malaysia berhubung pelaburan syarikat itu, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Penguasa Kanan Nur Aida Ariffin, 37, berkata demikian ketika menyangkal dakwaan peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman dan bekas Ketua Pegawai Kewangannya Azmi Tahir telah merancang sandiwara dengan pegawai bank BSI & Aabar Investments PJS Ltd untuk menipu Najib bahawa wang pelaburan 1MDB akan masuk semula ke dalam syarikat itu pada 2014.
Wan Azwan Aiman: Azmi dan Mohd Hazem, kedua-duanya memegang jawatan tinggi dalam 1MDB dan mereka tahu sebenarnya dana 1MDB untuk pelaburan di luar negara kononnya dipegang oleh Brazen Sky Ltd. Ini hanyalah sandiwara kerana ia tidak wujud.
Nur Aida: Tidak setuju
Wan Azwan Aiman: Ini adalah satu penipuan yang dirancang oleh mereka untuk memberi ilusi bahawa pelaburan dalam portfolio terbabit telah ditebus.
Nur Aida: Tidak setuju.
Wan Azwan Aiman: Dengan bantuan pegawai bank BSI dan Aabar, mereka berjaya merancang sandirawa itu untuk menyakinkan Datuk Seri Najib serta orang ramai bahawa wang pelaburan 1MDB telah ditebus.
Nur Aida: Tidak setuju.
Saksi pendakwaan ke-49 itu juga tidak bersetuju dengan cadangan sebab sebenar 1MDB memohon pembiayaan daripada Deutsche Bank adalah untuk memberi gambaran kepada Najib bahawa syarikat berkenaan telah menebus pelaburannya di luar negara.
Pada 16 Nov 2021, Azmi yang juga saksi pendakwaan ke-12 telah memberi keterangan bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low memberi taklimat kepada Najib untuk tidak terlalu banyak bercakap mengenai 1MDB berhubung pelaburan yang dibuat kepada Brazen Sky Ltd semasa pertemuan beliau dengan firma audit KPMG Malaysia.
Brazen Sky Ltd adalah sebuah Syarikat Bertujuan Khas (SBK) yang ditubuhkan oleh Jho Low dan sekutunya pada 12 Julai 2012 untuk mendapatkan kembali wang pelaburan 1MDB.
Menurut Azmi, Najib turut mempersoal tindakan KPMG yang masih membangkitkan syak wasangka terhadap 'aset asas' pelaburan Brazen Sky apabila Bank BSI sendiri telah menunjukkan penyata pelaburan semasa pertemuan dengan firma audit itu.
Sementara itu, pada prosiding hari ini Nur Aida mengaku beliau tidak merujuk beberapa dokumen kepada Najib yang kononnya ditandatangani oleh bekas Ahli Parlimen Pekan itu berhubung pinjaman sebanyak US$975 juta diperoleh daripada Deustche Bank semasa rakaman percakapan bekas Perdana Menteri berkenaan sepanjang siasatannya.
Nur Aida berkata meskipun tidak pernah merujuk dokumen itu, beliau tahu Najib telah menandatanganinya berdasarkan soal siasat terhadap Mohd Hazem.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan sebanyak RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan sebanyak RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. - Gambar fail
Ederson nafi cemburu dengan rakan sepasukan di Manchester City
Ederson menjelaskan laporan yang diterbitkan oleh The Athletic adalah palsu sama sekali.
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
Jho Low diarah lucut pembelian berlian untuk ibunya
Barang kemas berkenaan didapati dibeli menggunakan dana berbilion dolar yang diseleweng daripada 1MDB.
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia
Karya seni, apartmen mewah di Paris dan hartanah serta wang tunai di Hong Kong, Switzerland dan Singapura akan dipulangkan kepada Malaysia.
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Mei 2024.
Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat
Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB walaupun terdapat banyak tanda amaran yang ditunjukkan oleh mereka semasa berkhidmat dalam syarikat pelaburan strategik itu.