KUALA LUMPUR: Pendakwaan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memohon untuk mengemukakan rakaman audio bagi menyangkal pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa wang dideposit ke dalam akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri itu adalah sumbangan.
Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah bahawa rakaman audio itu yang didakwa perbualan antara Najib dan seorang pemimpin Timur Tengah adalah amat relevan bagi menyangkal pembelaan tertuduh.
"Kami berhujah bahawa kandungan pita rakaman itu dan transkripnya sedikit sebanyak, jika tidak secara keseluruhan, akan menyangkal pembelaan bahawa tertuduh telah menerima sumbangan dan beliau fikir beliau berurusan dengan wang yang disumbangkan kepadanya.
"Saya perlu menjawab dan menyangkal pembelaan itu dan bagi tujuan tersebut, bukti ini adalah amat relevan," katanya pada perbicaraan kes Najib yang didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.
Semalam, Sri Ram memainkan klip audio itu di mahkamah apabila saksi pendakwaan ke-42 iaitu bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, 65, mengenal pasti satu daripada suara terbabit kedengaran seperti Najib.
Suara yang kedengaran seperti Najib telah memanggil seorang individu sebagai 'Yang Teramat Mulia' dan bercakap mengenai keperluan menyelesaikan kebuntuan berhubung isu 1MDB dan International Petroleum Investment Co (IPIC) yang didakwa memalukan Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu.
Sri Ram berkata rakaman itu harus diterima masuk mengikut Seksyen 41(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bahawa ia adalah 'peruntukan khas' yang mengatasi Seksyen Seksyen 65 Akta Keterangan berkaitan bukti berdokumen.
"Bagi tujuan itu, kami juga berhujah bahawa pita rakaman atau rakaman seperti ini adalah satu dokumen. Yang Arif, meskipun audio itu diperoleh secara tidak teratur atau tidak sah, ia masih boleh diterima masuk," katanya.
Peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagaimanapun membantah permohonan untuk mengemukakan rakaman audio dan transkrip itu sebagai bukti pada perbicaraan tersebut atas alasan ia dirakam secara haram, justeru tidak boleh digunakan di mahkamah selain menegaskan bahawa ia adalah perbualan antara dua pemimpin negara.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok dan Pengerusi Kumpulan The Edge Media Tan Sri Tong Kooi Ong dijangka memberi keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 15 2022

Sri Ram berhujah bahawa rakaman audio itu yang didakwa perbualan antara Najib dan seorang pemimpin Timur Tengah adalah amat relevan bagi menyangkal pembelaan tertuduh. - Gambar fail

RM2.98 juta bagi pembinaan Medan Selera MBSJ SS19
Projek tersebut telah dimulakan sejak 8 Disember lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober depan.

Pemandu lori didakwa pukul anjing dengan kayu
Mohd Zainal Mat Daham didakwa menyebabkan haiwan itu mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan hadapan dan belakang.

Sukan SEA: Pemilihan atlet agak terhad - PABM
Situasi itu berpunca selepas ketiadaan atlet berpotensi dari Terengganu dan Perlis susulan isu doping.

Graduan Berkualiti | IPT, pemain industri perlu bekerjasama
Pihak insitusi pengajian tinggi, IPT dan pemain industri perlu bekerjasama erat dalam melahirkan graduan yang berkualiti tinggi.

Majlis Eropah kritik Denmark kerana beri ruang Paludan lakukan provokasi bakar al-Quran
Ucapan kebencian di Denmark memperoleh manfaat hasil "perlindungan polis" di bawah "nama kebebasan bersuara," menurut laporan terbaharu suruhanjaya anti-perkauman Majlis Eropah ECRI.

AWANI Ringkas: Hujan berterusan tahap buruk di Sarawak sehingga esok

Pantau Kerajaan Baharu: Tingkat kerjasama rentas sempadan tangani jenayah siber
Isu keselamatan rentas sempadan kini bukan sahaja melibatkan di laut, udara mahupun darat. Tapi kini lebih luas merangkumi aspek digital dan siber. Ikuti perkongsian Pengasas Ihsan Digital dan pakar keselamatan siber, Aaron Ikram Mokhtar.

Isu Rusia-Ukraine | Washington jamin tidak hantar jet pejuang F-16 ke Ukraine
Presiden Joe Biden tegaskan Amerika Syarikat tidak akan membekalkan jet pejuang F-16 kepada Ukraine untuk mematahkan pencerobohan Rusia ke atas negara jirannya itu.

Lebih 50,000 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Kanada
Menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada, virus SARS-CoV-2 masih menular secara meluas di seluruh Kanada.

MetMalaysia | Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk bagi beberapa kawasan di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit) sehingga esok.

Suasana sayu semasa prosiding 1MDB susulan kematian Gopal Sri Ram
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib sifatkan mendiang Gopal Sri Ram ibarat bapa.

Perbicaraan 1MDB ditangguhkan susulan kematian Gopal Sri Ram
Ini bagi membolehkan mereka memberi penghormatan terakhir dan menghadiri upacara pengebumian mendiang yang akan berlangsung pada Selasa.

Gopal Sri Ram meninggal dunia
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini.

Ya, saya gagal kendali akaun Najib, kata bekas pegawai bank
Joanna Yu Ging Ping mengaku tidak mendapatkan kebenaran bertulis sebelum berurusan dengan Jho Low.

Kereta mewah, wang RM22,600 milik bekas peguam 1MDB dilucut hak kepada kerajaan
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak ketiga iaitu OCBC Bank (M) Bhd untuk menuntut sebuah kondominium di Mont Kiara yang disita daripada Loo.

Kes pinda laporan audit 1MDB: Keputusan Najib, Arul Kanda bebas atau bela diri pada 3 Mac
Mahkamah Tinggi menetapkan 3 Mac untuk keputusan sama ada Najib dan Arul Kanda dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

1MDB: Roger Ng lepas tanpa bebas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs
Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, daripada empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat itu.

Kes SRC: Najib fail petisyen kepada PBB, mohon bebas atau dibicara semula
UNWGAD akan meneliti rayuan sama ada perbicaraan melibatkan Najib dijalankan secara adil atau sebaliknya.

Najib rayu keputusan mahkamah batal samannya terhadap Tommy Thomas
Najib yang memfailkan saman mendakwa, pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah yang dirancang lebih awal oleh Thomas.

Bekas pegawai bank tidak berurusan terus dengan Najib
Joanna berkata beliau tidak pernah berurusan secara langsung dengan bekas perdana menteri itu berkenaan akaunnya kerana "protokol".