[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
MALAYSIA

1MDB: Polis akan panggil Jho Low jika perlu - Ahmad Zahid

Rahimah Abdullah 18/05/2016 | 05:09 MYT
Setakat ini, tiada pertemuan antara Jho Low dengan pihak polis. - Gambar fail
Polis akan memanggil Jho Low jika terdapat keperluan untuk beliau hadir bagi membantu siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Setakat ini, tiada pertemuan antara Jho Low dengan pihak polis.
"Pihak polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Pecah Amanah Jenayah) dan siasatan ke atas 1MDB merangkumi kedapatan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negra (PAC) ke atas 1MDB," katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin di Dewan Rakyat.
Tze Tzin mahu tahu sama ada Jho Low berada di Malaysia sejak bila dan adakah beliau telah berjumpa dengan polis berkenaan siasatan ke 1MDB.
Ujarnya lagi, semua saksi yang terlibat juga akan dipanggil pihak polis untuk dirakam percakapan jika perlu.
#ahmad zahid #Dewan Rakyat #Polis akan memanggil Jho Low jika terdapat keperluan untuk beliau hadir bagi membantu siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad #Sim Tze Tzin