KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, daripada empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat itu berhubung penjualan nota sekuriti dan bon bernilai AS$6.5 bilion milik anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraf Zubir untuk melepas tanpa membebaskan Ng sementara menunggu proses hukuman di Mahkamah Eastern District of New York selesai.
"Mahkamah melepas tanpa membebaskan tertuduh daripada pertuduhan itu memandangkan Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan bahawa mereka masih berminat untuk meneruskan pertuduhan terhadap tertuduh pada masa akan datang," katanya.
Terdahulu, Zaki Asyraf berkata perbicaraan kes jenayah yang dihadapi Ng di mahkamah Amerika Syarikat (AS) sudah selesai dan proses hukuman yang sepatutnya dijalankan pada Disember tahun lepas ditangguh kepada Februari ini.
"Pihak pendakwaan masih berminat untuk meneruskan kes ini pada masa akan datang, cuma buat masa ini bagi mengelak pihak-pihak membuang masa, pendakwaan mohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan sehingga semua proses perundangan (di Amerika Syarikat) selesai," katanya.
Peguam Datuk Tan Hock Chuan, yang mewakili Ng, pula memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan memandangkan kes itu sudah terlalu lama.
Pada 8 April tahun lepas, Ng didapati bersalah oleh mahkamah di AS kerana melakukan konspirasi menyeleweng ratusan juta dolar daripada syarikat pelaburan 1MDB, bagaimanapun hukuman terhadapnya masih belum diputuskan.
Pada 19 Dis 2018, Ng mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.
Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di pejabat 1MDB, Tingkat 8, Menara IMC, Jalan Sultan Ismail di sini antara 19 Mac 2012 dan 11 Nov 2013.
Pada 4 Sept 2021, pertuduhan terhadap Goldman Sachs International Ltd dan dua entitinya di Asia iaitu Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapura) digugurkan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan pendakwaan untuk menarik balik pertuduhan berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023

Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, daripada empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat itu. - Gambar fail/AP

Ramadan: Waktu operasi puncak LRT, Monorel, MRT dan bas diawalkan
Waktu operasi puncak pagi itu diselaraskan sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7 pagi hingga 9 pagi.
![AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015168/19199450371679485155147_640x360.jpg)
AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar #AWANIBorneo 22 Mac 2023 : - Sarawak urus sendiri pembangunan sekolah luar bandar. - Brunei bakal nikmati tenaga boleh diperbaharui dari Sarawak. - Tragedi menjelang Ramadan, empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. #AWANInews

Mesut Ozil umum bersara dari dunia bola sepak
Bekas pemain tengah Real Madrid dan Arsenal itu berkongsi tentang keputusannya melalui Instagram.

Pameran P Ramlee di KLIA perkenalkan ikon Malaysia kepada pengunjung luar
KLIA adalah lokasi strategik bagi Pameran Eksklusif Seniman Agung P Ramlee untuk memperkenalkan ikon seni tanah air itu kepada pengunjung luar negara.

Polis cari Sivakumar untuk perbicaraan di mahkamah
Polis sedang mengesan T. Sivakumar yang merupakan saksi penting berhubung perbicaraan kes pemerdangangan manusia dan penyeludupan imigran.

Penjenamaan semula KLIA, KLIA2 tidak libatkan peruntukan kerajaan - Anthony Loke
Kos penjenamaan semula terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada Kementerian Pengangkutan.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei - Ahmad Zahid
Konvensyen melibatkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan pada 14 Mei ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia.

Shahelmey belum terima surat rasmi dari UMNO
Ahli Parlimen Putatan Datuk Shahelmey Yahya belum menerima sebarang surat rasmi mengenai penggantungan keahliannya dalam UMNO. Timbalan Ketua Menteri III Sabah itu berkata, beliau hanya mengetahui perkara berkenaan melalui media dan hanya akan membuat sebarang keputusan, setelah menerima secara rasmi surat penggantungan daripada UMNO.

Borneo Highland Resort milik penuh Sarawak
Kerajaan Sarawak kini memiliki sepenuhnya hak pembangunan Borneo Highland Resort di Padawan. Rancangan mengindahkan dan memperbaiki resort itu telah dimulakan.

Dari sebidang tanah menjadi lubuk rezeki keluarga
Sebuah keluarga di Pakan Sarawak menuai rezeki di sebidang tanah yang diusahakan menjadi pusat komersil yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada penduduk luar bandar.

1MDB: Roger Ng mohon jalani hukuman di 'penjara selebriti' di Danbury
Penjara persekutuan itu terletak kira-kira 90km dari bandar New York dan menjadi inspirasi dalam 'Orange Is the New Black' di Netflix.

Johari Ghani dilantik ketua pasukan petugas selesaikan skandal 1MDB
PM Anwar lantik bekas Menteri Kewangan II ketuai pasukan petugas khas dalam menyelesaikan beberapa isu yang membabitkan skandal 1MDB.

Kes 1MDB: Bekas pegawai Goldman Sachs Roger Ng dihukum penjara 10 tahun
Roger Ng dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun susulan tuduhan membantu menggelapkan dana 1MDB.

70 peratus aset 1MDB berjaya dikembalikan - Azam Baki
Jumlah duit negara yang hilang RM42 bilion, yang sudah dipulangkan ialah RM28.93 bilion.

Roger Ng sepatutnya dipenjara 15 tahun - Pendakwa raya AS
Bekas pegawai bank Goldman Sachs itu patut dipenjara 15 tahun selepas disabit bersalah rompak dan 1MDB bersama bekas bossnya, Tim Leissner.

1MDB: Kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan mahkamah
Anwar Ibrahim telah berulang kali menegaskan bahawa beliau dan kerajaan sama sekali tidak akan mencampuri urusan mahkamah.

Kes 1MDB: Pertikai pembebasan Najib satu penghinaan kepada mahkamah - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menegaskan, kerajaan juga telah beberapa kali mengulangi pendirian bahawa tidak akan mencampuri sebarang urusan dan keputusan mahkamah.

Keputusan audit 1MDB: "Ini kemenangan untuk Najib, keluarga" - Rosmah
Rosmah yang hadir ke mahkamah hari ini, sempat bertemu suaminya yang menyatakan kemenangan ini untuk mereka sekeluarga.

Keputusan audit 1MDB: "Najib bersyukur, lega" - Shafee
Keputusan itu menunjukkan mahkamah berpuas hati bahawa tiada sebarang elemen rasuah boleh dikaitkan dengan pertuduhan berkenaan.

Kes audit 1MDB: Najib, Arul Kanda dilepas, dibebaskan
Hakim Mohamed Zaini Mazlan mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie bagi pertuduhan itu.