awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Sekutu Jho Low, Kok Thiam meninggal dunia akibat strok

Sinar Harian
Sinar Harian
31/05/2023
07:07 MYT
1MDB: Sekutu Jho Low, Kok Thiam meninggal dunia akibat strok
Kok Thiam juga dilaporkan berkata bahawa Jho Low telah mengarahkannya 'supaya jangan kembali ke Malaysia sebagai saksi dalam kes 1MDB'. - Gambar fail
SHAH ALAM : Peguam suspek kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Kee Kok Thiam memaklumkan kematian mengejut individu yang mendedahkan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) disebabkan strok.
Firma Guaman Valen, Oh & Partners dalam satu kenyataan ringkas berkata, anak guam mereka meninggal dunia pada Isnin di sebuah hospital.
“Kami berharap semua pihak tidak melayan sebarang spekulasi mengenai peristiwa ini dan memberi ruang kepada keluarga untuk bersedih atas pemergiannya,” katanya.
BACA: 1MDB: Sekutu Jho Low meninggal dunia
Sebelum ini dilaporkan bahawa Kok Thiam telah dihantar pulang dari Macau kerana tinggal lebih masa visanya.
Dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 3 pagi pada 3 Mei dan diarahkan untuk pergi ke ibu pejabat SPRM pada jam 10 pagi hari yang sama.
Al Jazeera pada Selasa melaporkan bahawa Kok Thiam memberitahu SPRM dia telah bertemu Jho Low dan buruan kes 1MDB lain termasuk Eric Tan Kim Loong, Casey Tang Keng Chee, Geh Choh Heng dan Nik Faisal Ariff Kamil di Macau.
Kok Thiam juga dilaporkan berkata bahawa Jho Low telah mengarahkannya 'supaya jangan kembali ke Malaysia sebagai saksi dalam kes 1MDB'.
Kok Thiam kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan dikenakan terhadapnya pada masa ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jho Low
#Kok Thiam
#meninggal dunia
#punca kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan