Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah syarikat untuk menjaga kepentingan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bagi menjana dana untuk parti UMNO.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman, 47, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low semasa beliau berkhidmat di syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-10 itu berkata beliau tidak pernah dijelaskan bagaimana cara Jho Low dan Najib mendapatkan dana itu.
“Saya mahu nyatakan di sini bahawa sejak awal lagi semasa menyertai 1MDB, dan diberitahu oleh Datuk Azlin (Datuk Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit Najib) bahawa syarikat ini adalah untuk menjaga kepentingan Datuk Seri Najib dan parti UMNO, saya memang mencurigai bahawa dana syarikat akan disalahgunakan.
Tetapi pada pendapat saya, dana-dana yang disalahgunakan ini kemudian akan dipulangkan balik kepada syarikat dalam jangka masa yang tertentu.
“Perkara ini boleh terjadi apabila ada pelaburan yang dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah (BOD) dan pemegang saham, dan kuasa diberikan kepada mana-mana pengurus untuk menguruskan pelaburan ini.
“Yang mana beberapa daripada jumlah wang dana untuk pelaburan akan digunakan untuk membiayai UMNO, dan yang selainnya akan dilaburkan dengan harapan ia mendapat pulangan untuk menggantikan wang yang telah digunakan untuk UMNO,” katanya dalam penyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah Najib membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Saksi itu juga berkata beliau mula memikirkan kembali peranan-peranan Jho Low, Jasmine Loo, dan Terence Geh (kedua-duanya pegurus kanan 1MDB) yang telah memanipulasikan pengurusan 1MDB pada ketika itu dan beliau yakin mereka ini tahu berkenaan perkara berkenaan dan sebab itulah mereka telah menghilangkan diri.
“Mereka inilah yang sangat aktif menguruskan hal-hal dokumentasi yang diperlukan, seperti yang telah diarahkan oleh Jho Low. Saya tidak menyangka bahawa saya sendiri terlepas pandang ataupun terpedaya dengan perkara ini.
“Ini kerana semua perancangan yang dibuat adalah seolah-olah perancangan yang baik dan betul, tetapi saya memang merasa curiga apabila banyak dana diterbitkan melalui hutang dengan menggunakan alasan untuk membiayai projek. Malahan dana yang dipinjam juga ada yang melebihi daripada keperluan.
“Saya pasti ‘mastermind’ (dalang) untuk rancangan ini ialah Jho Low, kerana saya tahu beliau yang buat semua rancangan perniagaan, tetapi saya tidak pernah tahu bahawa mereka merancang untuk menyalahgunakan kewangan syarikat di luar negara,” katanya.
Mohd Hazem berkata beliau juga tidak pernah diberitahu tentang bagaimana perancangan atau pengurusan dana yang diterbitkan di luar negara akan digunakan ataupun dibelanjakan.
Katanya sepanjang beliau berkerja di 1MDB, beliau selalu diberikan ‘presentasi’ (taklimat) dan penyata dana luar negara terutamanya apabila 1MDB perlu menutup akaun tahunan.
Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 14 2020
Mohd Hazem Abdul Rahman dilihat keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas hadir sebagai saksi pendakwaan ke-10 dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB di Mahkamah Tinggi hari ini. - BERNAMA
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.