KOTA KINABALU: Seluas 2,053 hektar tanaman durian Musang King telah dibangunkan di Sabah sehingga tahun lepas yang dilihat mampu meningkatkan pendapatan penduduk di negeri itu, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk James Ratib berkata, industri tanaman durian khususnya Musang King adalah antara tanaman keutamaan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021 hingga 2025.
Justeru, katanya melalui Rancangan Malaysia Ke-12 kementeriannya melalui Jabatan Pertanian negeri telah dan akan membangunkan 660 hektar tanaman durian premium Musang King dan Duri Hitam melibatkan 53,460 pokok di 20 daerah negeri itu.
"Pembangunan tanaman durian ini dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Tanaman Durian Premium melibatkan bantuan bernilai RM10,000 hingga RM25,000 per hektar.
"Bantuan ini adalah dalam bentuk pembersihan kawasan tanah, bahan tanaman anak benih berkualiti dan input pertanian baja serta peralatan ladang," katanya menjawab soalan lisan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (GRS-Nabawan) bertanyakan rancangan kerajaan negeri menjadikan durian premium seperti Musang King sebagai tanaman menambah pendapatan rakyat.
James berkata, menerusi Projek Pembangunan Tanaman Durian Premium, sebanyak 660 peserta projek diberi kursus dan latihan asas penanaman durian di Pusat Latihan Petani di Sandakan, Kota Marudu dan Tenom bagi memastikan penanaman durian dilaksanakan mengikut Amalan Pertanian Baik.
Katanya bagi program penyelidikan, Jabatan Pertanian sedang melaksanakan pembiakbakaan tanaman Musang King untuk menghasilkan varieti baharu dan varieti rintang penyakit, selain penyelidikan dari segi pengurusan agronomi tanaman durian telah dilaksanakan dan diguna pakai.
"Pada 2022 sebanyak 21,500 anak benih Musang King dan 4,000 Duri Hitam akan dikeluarkan oleh stesen Pertanian. Ketulenan bahan tanaman yang dikeluarkan disahkan melalui Program Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT).
"Selain Jabatan Pertanian, terdapat empat buah Nurseri Swasta telah menerima sijil SPBT dengan jumlah pokok induk sebanyak 482 pokok Musang King dan 62 pokok Duri Hitam sebagai sumber mata tunas dalam pembiakan," katanya.
Beliau berkata berdasarkan harga Musang King di ladang pada kadar RM30 sekilogram, pendapatan kasar bagi sehektar melibatkan 81 pokok setahun Musang King adalah sebanyak RM349,920 dengan pengurusan ladang yang optimum.
"Pendapatan pengusaha durian dapat dipertingkatkan lagi melalui aktiviti hiliran seperti aiskrim durian, kek durian, dodol dan produk-produk lain berasaskan durian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Industri tanaman durian khususnya Musang King adalah antara tanaman keutamaan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021 hingga 2025. - Gambar hiasan/Bernama
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Musang King Raub termahal di dunia
Sebiji durian Musang King Raub dibida pada harga RM185,000!
Kelantan rekod sejarah, miliki ladang durian Musang King terbesar
Ladang Sindiyan kini adalah ladang durian terbesar dalam negara apabila mempunyai lebih 200,000 pokok durian.
Populariti Musang King bantu promosi makanan, budaya Malaysia di China
Populariti durian Musang King diharap mampu menjadi batu loncatan dalam mempromosikan pelbagai makanan serta budaya Malaysia yang lain kepada masyarakat di China.
Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery
Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air.
Pekebun Musang King perlu pertimbang permohonan semakan kehakiman semula - MB Pahang
Nasihat tersebut diberikan memandangkan Kerajaan Perpaduan kini terdiri daripada komponen BN dan PH.
Banjir Baling: Ladang durian Musang King bukan puncanya - MB Kedah
Projek penanaman Musang King di Gunung Inas tidak menjadi punca kepada berlakunya tragedi banjir dan kepala air sekitar Kupang, Baling, 4 Julai lalu.
Projek durian Musang King di HSK Rimba Teloi bermungkinan tidak hadirkan risiko - Sanusi
Projek tanaman durian jenis Musang King di Hutan Simpan Kekal (HSK) Rimba Teloi, Sik berkemungkinan tidak menghadirkan risiko yang membawa kepada kejadian banjir dan kepala air.
Banjir Baling: "Saya tidak ada sebarang kepentingan dengan tanaman Musang King" - MB Kedah
Muhammad Sanusi jawab dakwaan memiliki kepentingan dalam projek tanaman durian Musang King di kawasan tragedi banjir di Baling.
Pengeluaran durian meningkat, harga jualan berpatutan
Sekalipun cuaca tidak menentu, namun, pengeluaran buah durian di Pulau Pinang dan Perak meningkat.
Durian kampung setaraf Musang King bakal tembusi pasaran dunia
Usaha mengangkat martabat durian kampung premium itu, kini giat dijalankan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.