MELAKA:Sebanyak 2,562 kes demam denggi dengan lapan kematian direkodkan di Melaka dalam tempoh 1 Januari hingga 10 November lepas, kata Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 1,733 kes direkodkan di Daerah Melaka Tengah, 450 kes di Jasin dan 379 kes di Alor Gajah, manakala sebanyak 15 lokaliti titik panas wabak denggi telah dikenal pasti di sekitar negeri ini pada tahun ini.
"Pelbagai usaha dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak demam denggi seperti pengabutan atau 'fogging', program gotong-royong, kempen kesedaran dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes namun kes dilihat terus mencatatkan peningkatan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam tempoh itu, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah melaksanakan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan di 125,819 premis di sekitar negeri ini dan 7,123 daripadanya merupakan lokasi pembiakan positif larva nyamuk aedes.
Katanya, aktiviti Semburan Ruang Thermal (SRT) telah dilakukan di lokasi kes dan kawasan berisiko tinggi iaitu sebanyak 3,584 kali semburan dalam tempoh 1 Januari hingga 2 November lepas.
Rahmad berkata, sebanyak 1,277 bentuk aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan demam denggi merangkumi ceramah, gotong-royong, hebahan dan pameran telah dijalankan dalam tempoh berkenaan.
"Kempen Satu Jam Setiap Sabtu juga telah dilancarkan pada 24 Oktober lepas bertujuan mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes khususnya di kawasan rumah masing-masing.
"Kes demam denggi lebih melibatkan aspek kebersihan dan saya merayu masyarakat untuk terus memastikan kawasan rumah mereka sentiasa dibersihkan dan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 15 2020

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah melaksanakan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan di 125,819 premis di sekitar negeri ini dan 7,123 daripadanya merupakan lokasi pembiakan positif larva nyamuk aedes.

10 Berita Pilihan - (19 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 April 2021.

Pelabur asing masih kekal keyakinan melabur di Malaysia - Azmin
Ia terbukti dengan pelaburan bernilai RM4 billion oleh syarikat gergasi teknologi global Microsoft hari ini.

Luqman Haziq muncul juara 'FIFA Global Series East Asia Qualifier 3'
Pemain e-sukan Muhammad Luqman Haziq Hajiman atau lebih dikenali sebagai GBX.LuqmanHzq, muncul juara 'FIFA Global Series East Asia Qualifier 3' yang berakhir semalam.

3 pelajar dihantar ke Henry Gurney kerana laku amang seksual terhadap rakan
Ketiga-tiga pelajar sebuah institusi swasta berusia antara 16 hingga 17 tahun diarah menjalani hukuman berkenaan selama tiga tahun.

Dakwaan KKM manipulasi statistik COVID-19 tidak berasas - Ismail Sabri
Ismail Sabri menyifatkan dakwaan segelintir pihak bahawa KKM memanipulasi jumlah kes positif COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini adalah tidak berasas.

Tiada PM Bersatu jika tiada 'Kluster Mahkamah' UMNO - Ahmad Jazlan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan jawatan Perdana Menteri yang dimiliki presiden parti itu antaranya adalah hasil daripada 'Kluster Mahkamah' UMNO.

AWANI Ringkas: Tottenham Hotspur pecat Jose Mourinho
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ibrahim Sani's Notepad: Maybank's ESG Compendium
Maybank Investment Bank has published their ESG Compendium. Ibrahim Sani speaks with Anand Pathmakanthan as he shares more about the thinking behind the ESG Compendium, Maybank IB's maiden ESG Portfolio, and how they are helping their clients' ESG investing journey.

Polis trafik maut motosikal rempuh tiang Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang
Seorang anggota polis trafik maut selepas motosikalnya terbabas lalu merempuh tiang Plaza Tol Pulau Pinang di sini, pada petang Isnin.

Kes demam denggi, Chikungunya catat penurunan di Perak
Bagi tempoh enam hari bermula 4 April hingga Sabtu lepas, sebanyak 14 kes demam denggi dilaporkan di negeri ini manakala demam chikungunya pula sebanyak 12 kes.

2,562 kes demam denggi, lapan kematian di Melaka
Sebanyak 2,562 kes demam denggi dengan lapan kematian direkodkan di Melaka dalam tempoh 1 Januari hingga 10 November lepas.

Denggi: 2,119 kes, enam kematian di Melaka sehingga 26 Sept
Melaka merekodkan sebanyak 2,119 kes demam denggi dengan enam kematian dalam tempoh sejak Januari sehingga Sabtu lepas.

20 kematian akibat denggi di Johor sejak Januari hingga Jun
Sebanyak 34 lokaliti wabak baharu dilaporkan pada minggu epid 26 yang menjadikan jumlah wabak aktif semasa sebanyak 91 lokaliti.

Sabah rekod 2,537 kes demam denggi
Sabah juga mencatatkan 16 kes penyakit kolera termasuk dua kes baharu masing-masing satu di Semporna dan Beaufort.

Kes demam denggi di Pulau Pinang catat peningkatan minggu lepas
Ketika ini terdapat lapan lokaliti wabak aktif iaitu satu hotspot di Taman Air Itam dari daerah Timur Laut manakala satu lokaliti wabak tidak terkawal di Desa Baiduri dari daerah sama.

Denggi: 50,511 kes dan 88 kematian dilaporkan sehingga 13 Jun
Sejak lapan minggu lepas, didapati berlaku trend peningkatan dengan purata peningkatan lapan peratus seminggu.

Gunung Keriang daerah baharu denggi di Kedah
Gunung Keriang, Alor Setar diisytihar sebagai kawasan wabak denggi selepas 11 kes demam denggi dilaporkan dari lokaliti terbabit bermula 20 Mei sehingga semalam.

Kes demam denggi di P.Pinang menurun 86.05 peratus
Dari awal Januari hingga 15 Feb, hanya satu kematian akibat denggi dilaporkan berbanding lima kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Kes demam denggi di P.Pinang menurun
Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan 85.84 peratus dengan 182 kes direkodkan bagi tempoh awal Januari hingga 8 Feb lepas.