awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,969 calon SPM 2020 terlibat penjadualan semula peperiksaan

Bernama
Bernama
25/03/2021
15:19 MYT
2,969 calon SPM 2020 terlibat penjadualan semula peperiksaan
Muslimin berkata jumlah itu merupakan 0.74 peratus daripada keseluruhan 401,105 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2020. - Bernama
KOTA KINABALU: Seramai 2,969 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 telah dikenal pasti terlibat untuk menduduki penjadualan semula peperiksaan awam itu seluruh negara sehingga 3 Mac lepas, kata Timbalan Menteri Pendidikan I Muslimin Yahaya.
Beliau berkata jumlah itu merupakan 0.74 peratus daripada keseluruhan 401,105 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2020, dan penjadualan semula peperiksaan untuk calon itu dijangka bermula pada 6 April ini.
Beliau berkata pemakluman dan semakan bagi calon terlibat dalam peperiksaan dijadualkan semula akan dimaklumkan ke setiap negeri setelah tamat peperiksaan SPM 2020.
"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan bahawa hanya calon positif COVID-19, calon diarahkan kuarantin dan calon sakit dengan dokumen atau pengesahan surat doktor sahaja dibenarkan menduduki peperiksaan SPM yang dijadualkan semula.
"Soalan (diberikan kepada calon SPM 2020 yang terlibat dengan penjadualan semula) adalah berlainan, tetapi sudah sedia ada daripada bank Lembaga Peperiksaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Kesyukuran Pengurusan Peperiksaan SPM 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kota Kinabalu di sini, petang tadi.
Turut hadir Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Dr Mistirine Radin dan Pengetua SMK Agama Kota Kinabalu Hasnah Mohd Yakob.
Seramai 37 daripada 109 calon sekolah itu selesai menduduki peperiksaan SPM bagi kertas terakhir iaitu Sains Komputer hari ini.
SPM 2020 telah dilaksanakan mulai 22 Feb lepas dan berakhir hari ini membabitkan 83 mata pelajaran yang diadakan di 3,310 pusat peperiksaan dengan seramai 48,014 petugas dilantik seluruh negara.
Di Sabah, 36,432 calon menduduki SPM di 314 pusat peperiksaan disediakan di seluruh negeri, melibatkan seramai 5,305 petugas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
#Kementerian Pendidikan
#sekolah
#COVID-19
#peperiksaan
#penjadualan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan