awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 beradik lemas: Bapa terkilan tidak sempat tunai 'permintaan terakhir'

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/03/2023
11:20 MYT
2 beradik lemas: Bapa terkilan tidak sempat tunai 'permintaan terakhir'
Belal Hussain Nazumiya, 32, berkata dia sudah merancang untuk membawa kedua-dua mereka yang berusia enam dan empat tahun itu ke kedai hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Bapa kepada dua beradik yang lemas di lombong pasir di Kampung Permatang Kedundong, Pinang Tunggal, di sini, terkilan tidak sempat menunaikan 'permintaan terakhir' anaknya yang inginkan kapal terbang mainan.
Belal Hussain Nazumiya, 32, berkata dia sudah merancang untuk membawa kedua-dua mereka yang berusia enam dan empat tahun itu ke kedai hari ini kerana tidak dapat berbuat demikian disebabkan bekerja sebelum ini.
"Saya cuti hari ini, jadi memang cadang untuk bawa mereka ke pekan beli mainan. Saya tidak sangka itu adalah permintaan terakhir mereka dan saya lebih kesal kerana tidak sempat tunaikannya," katanya ditemui di Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, hari ini.
BACA: Kanak-kanak 4 tahun lemas mandi lombong, abang masih hilang
BACA: 2 beradik lemas: Mayat abang ditemui di dasar lombong
Dua beradik itu, Muhammad Nazeri, 6, dan Mamod Shukur, 4, ditemui lemas di lombong berkenaan hari ini.
Mayat Mamod Shukur ditemui tersangkut pada jala ikan oleh penduduk kampung pada jam 7.30 pagi tadi, manakala abangnya ditemui jam 2.45 petang di dasar lombong itu oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Dua beradik itu yang tinggal kira-kira 200 meter dari lombong terbabit , dipercayai pergi ke kawasan itu sekitar jam 6 petang semalam. Kehilangan mereka disedari ahli keluarga selepas tidak pulang ke rumah sehingga jam 8 malam tadi.
Sementara itu, mengulas lanjut, Belal yang berkerja sebagai buruh binaan berkata, kedua-dua anaknya kelihatan amat manja sebelum dia keluar bekerja pagi semalam.
"Mereka sangat manja, malah minta saya buatkan air Milo. Namun mereka tidak menghabiskannya seperti kebiasaan sebelum ini," katanya.
Dalam pada itu, ibu kanak-kanak itu, Zabida Ayob Khan, 21, yang masih terkejut dengan kehilangan serentak dua anaknya berkata, tidak menyedari bila mereka keluar dari rumah petang semalam.
"Saya sedang masak di dapur dan sekelip mata kedua-dua beradik itu hilang dari pandangan. Saya kemudian cuba pergi mencari mereka namun tidak berjumpa," katanya.
Jenazah dua beradik itu akan dikebumikam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Asam di sini, selepas bedah siasat dijalankan.
Topic Berkaitan
#dua beradik lemas
#Tikam Batu
#lombong pasir
#ibu bapa kesal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan