awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 bot nelayan tempatan, 7 kru warga asing ditahan di perairan Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/06/2022
10:48 MYT
2 bot nelayan tempatan, 7 kru warga asing ditahan di perairan Perak
Dua bot dan tujuh kru terbabit dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Sitiawan, untuk proses penahanan, siasatan dan tindakan lanjut Maritim Malaysia. - Gambar hiasan
LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tujuh nelayan warga Myanmar dan Kemboja yang dipercayai digajikan pemilik bot tempatan dalam dua siri tangkapan di perairan Perak pada Isnin dan Sabtu.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, kesemua kru bot nelayan terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Beliau berkata, dalam tangkapan pertama jam 10.50 pagi Sabtu, sebuah bot ditahan pada kedudukan 7.4 batu nautika barat daya Pulau Jarak dan 3.6 batu nautika barat Tanjung Hantu.
Menurutnya, tangkapan dilakukan oleh bot KM Nyalau yang sedang melaksanakan rondaan penguatkuasaan di sekitar perairan Kuala Terung dan perairan Pulau Jarak.
"Satu lagi tangkapan telah dilakukan oleh KM Nyalau terhadap bot nelayan tempatan Kelas C yang melakukan aktiviti perikanan di bawah 15 batu nautika dari pantai, pada Isnin.
“Hasil pemeriksaan pasukan operasi mendapati, bot itu dikendalikan lima kru termasuk tekong warga Myanmar, juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” ujarnya dala satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, kesemua tujuh kru warga asing yang berusia antara 23 hingga 45 tahun itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) dan Akta Imigresen 1959/63.
Katanya, kedua-dua bot, kru serta anggaran 370 kilogram hasil tangkapan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Sitiawan, untuk proses penahanan, siasatan dan tindakan lanjut Maritim Malaysia.
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#bot nelayan tempatan
#kru warga asing
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan