2 cedera ribut rosakkan 7 khemah di CAC Klang - Polis

Bernama
Ogos 7, 2021 14:20 MYT
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Ammar Ramli berkata dua individu turut cedera dalam insiden itu. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Tujuh daripada 12 khemah di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Klang di Dewan Serbaguna, Jalan Pekeliling, Pelabuhan Klang dekat sini rosak dalam kejadian ribut pada 11.30 pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Ammar Ramli berkata dua individu turut cedera dalam insiden itu.
"Dua orang awam yang berada di bawah khemah telah mengalami kecederaan ringan akibat insiden tersebut," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua mangsa telah dirawat oleh pihak CAC dan dibenarkan pulang.
-- BERNAMA
#cac klang #ribut #cedera #polis #COVID-19 #angin kuat #dewan serbaguna #Jalan Pekeliling