TANAH MERAH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini memindahkan dua ekor gajah liar yang berkeliaran di Kampung Kuala Tiga, di sini, ke Taman Negara Terengganu.
Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman, berkata pemindahan itu dibuat bagi mengelakkan berlaku konflik membabitkan gajah terbabit dengan penduduk.
Katanya, dua ekor gajah betina yang dianggarkan berusia lima hingga 15 tahun yang masing-masing seberat satu hingga dua tan itu berjaya ditangkap di kawasan hutan kampung berkenaan pada Jumaat lalu.
"Operasi pemindahan kedua-dua gajah ini membabitkan 36 kakitangan daripada Perhilitan Kelantan, Terengganu dan Perak dibantu petugas PKGK dengan menggunakan kaedah tembakan pelali untuk menenangkannya.
"Dua ekor gajah denak betina, iaitu Rambai dan Abot turut digunakan untuk memujuk dua ekor gajah liar berkenaan bagi memudahkan proses pemindahan," katanya di sini, pada Ahad.
Gajah liar yang pertama seberat satu tan ditarik keluar sejauh 1.5 kilometer (km) manakala gajah kedua seberat dua tan pula sejauh 1.1 km melalui laluan khas yang dibuat oleh Perhilitan sebelum dibawa naik ke atas lori .
Menurut Mohd Zamzuri, pihaknya percaya gajah berkenaan daripada kumpulan gajah liar Hutan Simpan Kampung Air Kerilla yang masuk ke kawasan kampung berkenaan bagi mencari makanan terutama pada musim buah-buahan ketika ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa dan akan mengambil tindakan segera membabitkan aduan berkaitan gajah yang memasuki kawasan kampung.
Katanya, secara keseluruhan sejak awal tahun ini, sebanyak 36 ekor gajah liar di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk lapan ekor di Kelantan, yang dikesan memasuki kawasan kampung telah dipindahkan.
Muhafandi Muhamad
Sun Jul 25 2021
Mohd Zamzuri berkata pemindahan itu dibuat bagi mengelakkan berlaku konflik membabitkan gajah terbabit dengan penduduk. - Gambar/ Bernama
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.
Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL
Pagar itu bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan tersebut terutamanya semasa dan selepas projek ini disiapkan.
Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli
Perhilitan Perak telah menghalau antara 25 hingga 30 ekor gajah menggunakan kaedah tembak dan halau di tempat kejadian.
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Myan Ton Pian, Rambai antara tarikan Program MADANI Rakyat Zon Timur
Gajah berkenaan pernah tular di media sosial selepas mengepalai perarakan Lambaian Kasih.
Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun
Seekor gajah yang mati dilanggar kenderaan adalah gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun.
Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.
Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang
Perhilitan Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian.
Video lelaki acah-acah berani cabar gajah undang kecaman
Insiden di negeri Assam itu sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai interaksi manusia dengan haiwan liar mungkin menjadi 'tegang'.
Anak gajah enggan lepas penjaga meruntun hati netizen
Seekor gajah memeluk seorang lelaki dengan belalainya seolah-olah berat melepaskannya pergi ke habitat asalnya.