awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 juta kenderaan sehari dijangka guna lebuh raya PLUS ketika Deepavali

Astro Awani
Astro Awani
07/11/2023
09:19 MYT
2 juta kenderaan sehari dijangka guna lebuh raya PLUS ketika Deepavali
PLUS mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Kembali ke Lembah Klang sempena perayaan Deepavali bermula 10 hingga 14 November ini - Foto fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak dua juta kenderaan sehari menggunakan lebuh raya itu pada hari-hari puncak sempena perayaan Deepavali ini.
Sehubungan itu, PLUS memaklumkan pihaknya mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Kembali ke Lembah Klang sempena perayaan Deepavali bermula 10 hingga 14 November ini.
Jelas syarikat tersebut, TTA membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka, di samping membolehkan PLUS mengagihkan trafik serta mengelakkan kenderaan tertumpu di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak.
"Jadual TTA tersebut boleh diperolehi menerusi laman web PLUS di www.plus.com.my serta laman media sosial PLUS Malaysia.
"Namun begitu, kelancaran perjalanan trafik turut bergantung kepada kejadian-kejadian luar jangka seperti kemalangan dan sebagainya yang boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya," katanya dalam kenyataan berkenaan pada Selasa.
Dalam masa sama, PLUS akan memperkenalkan pendekatan terbaharu secara digital iaitu Program Rintis My-TTA yang menggunakan aplikasi PLUS bagi membantu orang ramai merancang perjalanan sempena perayaan Deepavali dalam masa terdekat.
PLUS turut menasihatkan orang ramai supaya menyusun jadual perjalanan mereka berdasarkan TTA yang dikeluarkan.
Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi aplikasi X @PLUSTrafik, aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti siaran radio utama negara.ma negara.
Topic Berkaitan
#Deepavali
#PLUS
#kesesakan trafik
#info trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan