awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 lelaki terlibat samun berkumpulan ditahan

Bernama
Bernama
12/02/2023
10:45 MYT
2 lelaki terlibat samun berkumpulan ditahan
Kedua-dua suspek yang berumur 32 dan 45 tahun itu, masing-masing ditahan di Tanjung Agas, Tangkak dan Jalan Daud, Muar, pada pukul 4 petang. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki tempatan di sekitar Tangkak dan Muar, petang semalam, kerana disyaki terlibat dalam samun berkumpulan di daerah Muar, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata kedua-dua mereka yang berumur 32 dan 45 tahun itu, masing-masing ditahan di Tanjung Agas, Tangkak dan Jalan Daud, Muar, pada pukul 4 petang.
Beliau berkata penahanan itu susulan laporan seorang lelaki berusia 39 tahun yang melaporkan kejadian samun beg sandang miliknya dan motosikal milik rakannya, Selasa lepas (7 Feb).
Turut dirampas sebuah motosikal jenis Honda Wave Dash dan dua telefon bimbit bagi membantu siasatan, katanya dalam kenyataan, hari ini.
Raiz Mukhliz berkata hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki itu mempunyai rekod lampau melibatkan kes narkotik dan jenayah.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang mana boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes samun
#Muar
#PDRM
#Tangkak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan