KUALA LUMPUR: Juri tentera di Guantanamo Bay pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara tambahan lima tahun ke atas dua rakyat Malaysia kerana bersubahat dalam pengeboman pengganas yang mengorbankan 202 orang di Bali, Indonesia pada 2002.
Juri lima pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) itu bersidang untuk memutuskan hukuman untuk tempoh 20 hingga 25 tahun.
Selepas bersidang selama kira-kira dua jam pada Jumaat, mereka memutuskan hukuman penjara 23 tahun, lapor New York Times di Teluk Guantanamo.
Perjanjian tawar-menawar rayuan yang dicapai dengan kedua-dua mereka sebelum itu telah membantu mengelak perbicaraan yang panjang dan mengurangkan hukuman penjara kepada kira-kira lima tahun daripada 23 tahun yang disyorkan oleh juri.
Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep boleh dibebaskan menjelang 2029. Kedua-duanya telah ditahan di AS sejak musim panas 2003.
Sebelum keputusan juri, waris mangsa pengeboman Bali telah memberi keterangan sepanjang minggu di mahkamah tentera.
Hakim tentera AS Lt. Kol. Wesley A. Braun memutuskan mereka boleh dibebaskan dalam tempoh lima tahun selepas mengurangkan 311 hari daripada hukuman Mohammed Farik dan 379 hari bagi Mohammed Nasir berikutan pendakwa terlepas tarikh akhir mahkamah untuk menyerahkan bukti kepada peguam bela ketika menyediakan kes itu.
Kedua-dua lelaki yang kini ditahan di Guantanamo, telah mengaku bersalah bersubahat dalam dua pengeboman di pulau peranginan Bali dalam langkah tawar-menawar rayuan itu.
Laporan itu memetik peguam Mohammed Nazir, Brian Bouffard sebagai berkata: "Perjanjian praperbicaraan mempertimbang kemungkinan penghantaran pulang beliau sebelum hukuman selesai."
Beliau berkata apabila balik ke Malaysia, mereka akan menjalani program deradikalisasi yang dikendalikan kerajaan Malaysia dan pemantauan seumur hidup oleh pihak berkuasa keselamatan negara.
Mereka didakwa bersama Encep Nurjaman warga Indonesia, juga dikenali sebagai Hambali.
Pada Oktober lepas, The New York Times melaporkan Mohammed Farik dan Mohammed Nazir telah mencapai persetujuan dengan pendakwa raya di Teluk Guantanamo untuk tuduhan bersubahat dalam serangan pengganas di Bali, dan dengan itu memisahkan mereka daripada kes Hambali.
Dalam pengakuan bersalah, Mohammed Farik dan Mohammed Nazir bersetuju untuk memberi keterangan terhadap Hambali, bekas pemimpin gerakan Jemaah Islamiyah dan merupakan dalang di sebalik pengeboman maut Bali.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024

Mohammed Nazir Lep (kiri) dan Mohammed Farik Amin ditahan selama bertahun-tahun di penjara luar negara rahsia Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).- Gambar fail/Sinar Harian
Filem aksi Superhero ‘Keluang Man’ temui penonton 29 Mei ini
Menerusi treler rasmi yang dilancarkan hari ini, filem ‘live-action’ ini memperkenalkan dunia Keluang Man yang lebih moden, penuh aksi mendebarkan dan visual sinematik berkualiti tinggi.
Tiga termasuk suami isteri ditahan
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan kerana disyaki terlibat melakukan perbuatan khianat dengan api dan simbah cat, dalam satu operasi khas di Kepong dan Bukit Jalil pada 8 dan 9 April lepas.
Pelancong Malaysia tinggalkan Kashmir paling lewat 25 April - Suruhanjaya Tinggi
Pelancong Malaysia tinggalkan Kashmir paling lewat 25 April - Suruhanjaya Tinggi
Wujud pencerobohan kawasan saluran di Pendang
Kerajaan Negeri Kedah mengesahkan telah menerima laporan berlakunya pencerobohan di dua kawasan saluran paip gas milik Petronas melibatkan daerah Pendang.
Sidang khas Dewan Rakyat platform suarakan pandangan - Fahmi
Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini menjadi platform kerajaan dan pembangkang menyampaikan pandangan mengenai isu tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan ke atas Malaysia.
Staf Ascott Malaysia santuni pelbagai haiwan eksotik
Peserta berkesempatan mendekati musang fennec dan kura-kura buaya.
Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata parang, pedang
Seorang lelaki putus lima jari tangan kirinya selepas diserang lima lelaki bersenjatakan parang dan pedang dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan PJS 1 setengah, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor awal pagi Rabu.
Pesara swasta ditahan miliki tujuh senjata api, 186 peluru
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana memiliki tujuh senjata api dan peluru tanpa lesen di sebuah rumah di Antara Gapi, Serendah, pada Isnin lepas.
Pihak berkuasa Turkiye pantau rapat perkembangan - Erdogan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataan terbaharu memaklumkan pihak berkuasa sedang memantau secara rapat berhubung situasi gempa tersebut.
Sembilan pekerja terbunuh, 42 cedera
Serangan ini merupakan sebahagian daripada gelombang serangan dron Rusia yang menyasarkan infrastruktur awam di timur, selatan, dan tengah Ukraine.

2 rakyat Malaysia dikaitkan pengeboman di Bali dipenjara 5 tahun lagi di Guantanamo
Juri tentera di Guantanamo Bay menjatuhkan hukuman penjara tambahan lima tahun ke atas dua rakyat Malaysia kerana bersubahat dalam pengeboman pengganas yang mengorbankan 202 orang di Bali.