awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK, Perancis sedia hantar tentera ke Ukraine jika rundingan damai tercapai
Ole Gunnar Solskjaer semakin hampir kembali ke Manchester United
"Tak datang Turkiye, putus kawan" - PM Anwar kongsi gurauan Presiden Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 rumah di Sitiawan musnah terbakar, penghuni sempat selamatkan diri

Aida Aziz
Aida Aziz
09/11/2022
00:30 MYT
2 rumah di Sitiawan musnah terbakar, penghuni sempat selamatkan diri
Kebakaran melibatkan dua buah rumah semi D satu tingkat kelas A yang terbakar 60 peratus dan 20 peratus. -Foto JBPM Perak
MANJUNG: Dua buah rumah jenis semi-D satu tingkat musnah dalam kejadian kebakaran di Lorong Harvey, Taman Sitiawan, di sini, malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8 malam itu menyebabkan sebuah rumah terbakar 60 peratus, manakala sebuah lagi 20 peratus.
Menurut kenyataan itu lagi, kejadian tidak membabitkan sebarang kehilangan nyawa kerana kesemua mangsa sempat keluar dari rumah masing-masing.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dibantu BBP Manjung bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 8.06 malam.
"Kebakaran melibatkan dua buah rumah semi-D satu tingkat kelas A yang berkeluasan 40x30. Masing-masing terbakar 60 peratus dan 20 peratus.
"Bagi rumah yang terbakar 60 peratus itu terdapat enam orang penghuni di dalamnya dan mereka sempat keluar selamatkan diri.
"Manakala sebuah lagi rumah, penghuninya tiada di situ dan dipercayai berada di Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Selasa malam.
Beliau berkata, anggota bomba kemudiannya melaksanakan kerja pemadaman api dengan menggunakan satu aliran hos reel dan satu aliran hos 100 kaki dua pancutan.
Operasi tamat jam 10.38 malam.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#rumah semi D satu tingkat musnah
#Lorong Harvey
#Taman Sitiawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan