Skip to main content

Malaysia

2 suspek sindiket bayi masih diburu

81357638532_295x200.jpg
Polis sedang memburu dua lagi sindiket pemerdagangan bayi dan yakin sindiket itu dapat ditumpaskan dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lebih ramai suspek terlibat dengan sindiket berkenaan akan diberkas.

Menurut Hishammuddin kedua-dua sindiket itu sudah dikenal pasti dan lebih banyak bayi akan diselamatkan.

Jelas beliau, KDN bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan NGO selain melihat pergerakan sindiket dari segi jenayah rentas sempadan.

Dalam pada itu, Hishammuddin menegaskan operasi dilancar bukan untuk menghukum ibu bapa angkat yang membeli bayi berkenaan..

Ia sebaliknya bertujuan memelihara keselamatan negara kerana ia membabitkan pemalsuan dokumen dan masa depan bayi yang menjadi mangsa pemerdagangan.

Pada 22 Feb lalu, Polis Pulau Pinang berjaya menyelamatkan 22 orang bayi dan kanak-kanak dipercayai menjadi mangsa sindiket terbabit dan menahan 45 orang dalam Ops Pintas Sayang 2.

Advertisement

Must Watch Video