KUALA LUMPUR:Dua puluh individu termasuk sembilan warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan judi dalam talian di enam premis di Taman Perindustrian Puchong Utama, Bukit Puchong, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata kesemua suspek berusia 48 hingga 62 tahun itu terdiri daripada 11 warga tempatan serta sembilan warga Myanmar dan Bangladesh.
Beliau berkata, dalam operasi yang dijalankan jam 5.30 petang semalam, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM5,060, 11 telefon, 50 keping kertas bercetak, sekeping kertas bertulis, 10 pencetak mudah alih dan dua batang pencil.
“Hasil siasatan awal mendapati premis kedai tersebut telah beroperasi sejak tiga hingga empat bulan lalu.
"Premis tersebut telah menjalankan perjudian loteri awam tanpa lesen. Seorang daripada suspek iaitu seorang wanita pernah ditahan sebanyak tiga kali termasuk hari ini kerana kes yang sama," katanya di lokasi serbuan di Taman Perindustrian Puchong Utama.
Abd Khalid berkata kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 4A(a) dan Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk siasatan lanjut.
“Mereka juga ditahan di bawah Seksyen 22(B) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

Abd Khalid bersama anggotanya membuat serbuan Ops Dadu dan menahan seramai 16 individu di sekitar Taman Perindustrian Puchong Utama, 27 Jan, 2021. --fotoBERNAMA

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

AWANI Ringkas: Masih ramai tidak percaya, tidak yakin

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Peniaga dijangka lebih berhati-hati suku pertama 2021
Sektor industri merupakan sektor utama menunjukkan isyarat pemulihan namun masih dalam sentimen pesimis dengan petunjuk keyakinan -4.4 peratus pada suku tahun 2021.

Upacara perkahwinan bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP - JPN
Keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.

Ingkar PKP: Denda RM10,000 bagi kesalahan pertama buat rakyat, penguatkuasa pening kepala - Najib
Pelaksanaan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mengakibatkan masyarakat tidak akan berpuas hati, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lady Gaga tawar RM2 juta pulangkan 'Koji' dan 'Gustav'
Anjing peliharaannya, Koji dan Gustav dipercayai dilarikan perompak dalam insiden tembakan di Hollywood.

Mahkamah tolak permohonan suspek Macau Scam bebas tahanan POCA
Enam lelaki warga China itu ditahan dalam operasi khas polis berkaitan sindiket perjudian dalam talian pada Oktober tahun lepas.

Teliti jalan terbaik panggil PATI suntik vaksin
Kerajaan perlu meneliti jalan terbaik panggil PATI atau pekerja tanpa dokumen sah, tampil ke hadapan dapatkan suntikan vaksin COVID-19.

10,000 orang awam di Samarahan sudah daftar program vaksinasi
Kira-kira 10,000 orang awam di Samarahan telah berdaftar bagi menyertai program imunisasi COVID-19 fasa kedua dan ketiga.

Guna aplikasi Telegram tawar khidmat seks sewaktu PKP
Menggunakan aplikasi Telegram bagi menawarkan khidmat seks kepada pelanggan merupakan modus operandi yang digunakan dua buah pusat urut di Bandar Puteri Puchong.

Prasarana, Uncle Kentang berganding hulur bantuan sempena Tahun Baru Cina
Bantuan berupa beras dan gula itu disampaikan kepada 45 keluarga dalam satu majlis serba ringkas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Perindustrian Puchong.

Pemandu Toyota Hilux ditahan bantu siasatan kemalangan maut penghantar makanan
Mangsa, Wong Lai Yie, 30, maut di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

20 individu termasuk warga asing ditahan disyaki terlibat kegiatan judi dalam talian
Kesemua suspek berusia 48 hingga 62 tahun itu terdiri daripada 11 warga tempatan serta sembilan warga Myanmar dan Bangladesh.

Sindiket jual sijil cuti sakit palsu dibongkar, lima warga tempatan ditahan
Polis berjaya membongkar kegiatan sindiket menjual sijil cuti sakit dipercayai palsu selepas tertangkapnya lima individu dalam serbuan berasingan di Gombak dan Sungai Buloh pada Sabtu lalu.

Bapa tikam bayi berusia 18 bulan dihukum penjara 10 tahun
Seorang bapa yang bertindak menikam perut bayi perempuannya berusia 18 bulan pada Ahad lalu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.

Bapa tikam bayi positif dadah, direman lima hari - Polis
Suspek kes tikam seorang bayi perempuan berusia 18 bulan di Puchong pada petang Sabtu kini direman lima hari.

Bayi 18 bulan parah ditikam bapa
Suspek dikatakan telah mengamuk secara tiba-tiba dan bertindak menikam perut anak perempuannya itu.

Pergerakan rentas negeri menggunakan Lebuhraya PLUS meningkat 40-50 peratus
Pergerakan rentas negeri selepas dibenarkan sejak 7 Disember lalu dilihat meningkat setiap hari.

Geng Yong tumpas, 30 kes pecah masuk premis selesai
Ekoran daripada penahan itu, polis berjaya menyelesaikan 30 kes pecah premis, berdasarkan kepada laporan seorang lelaki yang juga pengurus kedai serbaneka.