Skip to main content
Advertisement

Malaysia

20 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 4.30 petang

KUALA LUMPUR, 18 Sept - Pemandangan ibu kota Kuala Lumpur kelihatan kabur susulan jerebu yang menjejaskan kualiti udara dalam tinjauan FotoBernama di Bukit Ampang hari ini. Sebanyak 34 lokasi di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi ini. Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara, Jabatan Alam Sekitar mendapati Johan Setia merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 198. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sebanyak 20 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4.30 petang ini, dengan Johan Setia di Selangor mencatatkan paras tertinggi, iaitu 166. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4.30 petang ini, dengan Johan Setia di Selangor mencatatkan paras tertinggi, iaitu 166.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), empat lagi kawasan di Selangor turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat, iaitu Shah Alam (164), Klang (158), Petaling Jaya (155) dan Banting (143).

Dua stesen pemantauan di ibu negara yang merekodkan trend serupa ialah Cheras (162) dan Batu Muda (160), manakala Putrajaya mencatat bacaan 157.

Di Johor, lima kawasan terjejas ialah Pasir Gudang (164), Larkin (162), Kota Tinggi (155), Pengerang (152) dan Kluang (110), manakala di Negeri Sembilan melibatkan Nilai (161) serta Seremban (153).

Turut mencatat bacaan tidak sihat ialah dua kawasan di Pahang, iaitu Balok Baru dan Indera Mahkota yang masing-masing merekodkan bacaan 156, diikuti Kuala Terengganu, Terengganu (154), Bandaraya Melaka, Melaka (125) serta Kota Bharu, Kelantan (103).

Sementara itu, sebanyak 45 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala hanya tiga kawasan berada pada tahap baik.

Tahap bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement