awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 Klinik 1Malaysia ditambah di seluruh negara

Bernama
Bernama
15/07/2013
00:00 MYT
20 Klinik 1Malaysia ditambah di seluruh negara
Kementerian Kesihatan bercadang menambah 20 lagi Klinik 1Malaysia (K1M) di seluruh negara bagi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, dapat dinikmati secara menyeluruh.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata cadangan itu selaras dengan hasrat kementerian bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat melalui produk 1Malaysia. "Kita di kementerian akan pastikan sistem penyampaian dan perkhidmatan terbaik kerana kita telah diiktiraf antara yang terbaik di dunia.
"Namun kita (kementerian) tidak boleh leka malah perlu tingkatkan usaha dalam hal penyampaian perkhidmatan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Rumah Bakti Datuk Harun di sini pada Ahad.
Pada majlis itu, Persatuan Kebajikan Anak Melayu Pulau Pinang di Wilayah Persekutuan dan Selangor menyampaikan sumbangan wang tunai RM80,000, sejadah dan Al-Quran kepada 20 rumah anak yatim serta sekolah tahfiz di kedua-dua negeri.
Dr Hilmi berkata kementerian akan berusaha menempatkan sekurang-kurangnya seorang doktor di setiap K1M kerana ketika ini, hanya 22 klinik berkenaan mempunyai doktor manakala yang lain dikendali oleh penolong pegawai perubatan.
"Kementerian akan cuba selesaikan masalah kekurangan doktor dalam masa terdekat dan kita akan cuba mempercepatkan masa menunggu pesakit di K1M," katanya.
Sehingga kini, terdapat 230 K1M di seluruh negara yang memberi perkhidmatan kepada lebih 1.5 juta rakyat dan hanya mengenakan bayaran RM1 bagi warganegara manakala RM15 bagi bukan warganegara.
Petugas di K1M adalah jururawat terlatih dan penolong pegawai perubatan yang menawarkan khidmat perubatan bagi kes ringan seperti sakit dan kecederaan biasa seperti demam, batuk, selesema serta luka kecil selain rawatan susulan bagi kencing manis dan darah tinggi.
Klinik itu adalah sebahagian daripada pengisian Gagasan 1Malaysia, ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi fokus khas terhadap perhubungan harmoni antara kaum, penyatuan nasional dan pentadbiran efisien.
Topic Berkaitan
#dr hilmi yahya
#klinik 1malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan