awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 mangsa banjir Bukit Gantang ditempatkan di PPS

Aida Aziz
Aida Aziz
14/12/2023
01:30 MYT
20 mangsa banjir Bukit Gantang ditempatkan di PPS
Keadaan di sebuah rumah susulan kejadian banjir di Kampung Matang Gelugor. - Foto APM Perak
BUKIT GANTANG: Seramai 20 orang mangsa banjir daripada 10 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dekat Masjid Al-Wusta, Batu 8, di sini pada Khamis.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah dalam kenyataan hari ini berkata, terdapat satu kawasan iaitu di Kampung Matang Gelugor yang terjejas banjir susulan hujan lebat sejak petang semalam.
Katanya lagi, PPS tersebut mula dibuka kepada mangsa banjir pada jam 2.30 pagi tadi.
Jelasnya lagi, sehingga kini hanya daerah Larut Matang dan Selama (LMS) yang terbabit dalam kejadian banjir.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri termasuk di daerah Hulu Perak.
Sementara itu, hujan turut dijangka pada sebelah petang dan malam di kebanyakan daerah di negeri ini.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#banjir
#mangsa
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan