MALAYSIA
20 Pelan Damai Gaza: PM Anwar akan bawa ke Kabinet untuk dibincang
Perdana Menteri berkata, Malaysia kini sedang meneliti kandungan pelan tersebut secara menyeluruh, sebelum menyatakan pendirian negara. - fotoBERNAMA
SEPANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa 20 cadangan Pelan Damai Gaza yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk dibincangkan secara terperinci.
Perdana Menteri berkata, Malaysia kini sedang meneliti kandungan pelan tersebut secara menyeluruh, sebelum menyatakan pendirian negara.
"Kita sedang teliti dan lihat kebanyakan negara Arab dan Iran itu bersetuju kerana pandangan mereka, yang penting hentikan keganasan dan jamin kemerdekaan Palestin termasuk Gaza dan segerakan bantuan kemanusiaan.
"... yang lain perincian masih dirunding seperti mana kita tahu soal tiga hari diberi tempoh dan beberapa perincian. Kita baru dapat pagi tadi sebenarnya, dan saya akan bawa kepada Jemaah Menteri untuk bincang secara teliti," katanya dalam sidang media selepas meninjau Command Center Sumud Nusantara di ibu pejabat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), di sini.
Anwar turut memaklumkan bahawa terdapat rundingan sedang berlangsung dalam usaha mencari penyelesaian terhadap konflik berterusan di Gaza.
Tambahnya, pertemuan dengan Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober ini disifatkan sebagai penting untuk menyampaikan pendirian Malaysia.
"Sebab itu saya kata pertemuan dengan Trump itu penting. Walaupun ada sedikit kontroversi, mesti ada orang yang sampaikan (pandangan kita) dan ada rakan-rakan lain yang turut sampaikan,” katanya.
Anwar menegaskan bahawa beliau juga memikul tanggungjawab untuk menyampaikan hasrat rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia agar penyelesaian yang adil dapat dicapai segera.
“Saya fikir saya juga bertanggungjawab untuk sampaikan pandangan kita tentang penyelesaian yang adil. Mudah-mudahan dalam tempoh dua tiga hari ini, dunia akan dapat berita yang jauh lebih baik.
"Tidak penyelesaian muktamad, tidak keadilan muktamad tetapi satu permulaan. Hentikan serangan dan beri saluran bantuan kemanusiaan kepada rakan-rakan dan keluarga kita di Gaza dan Palestin," ujarnya.
Pelan damai yang menggariskan 20 cadangan berkenaan antaranya ialah Gaza bebas ancaman keganasan; pemulihan Gaza demi rakyatnya; gencatan senjata serta-merta, proses dialog antara agama, serta pembebasan tebusan dalam 72 jam.