PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 20 pusat pemindahan sementara (PPS) isolasi khusus untuk menempatkan pesakit COVID-19 yang menjadi mangsa banjir, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata PPS isolasi itu bagi memastikan penularan jangkitan dapat dikawal di sesuatu kawasan yang ditimpa banjir.
"Kita akan gunakan kaedah pemetaan untuk bekerjasama dengan beberapa pihak untuk lihat tempat-tempat yang berkemungkinan ada peningkatan kes-kes jangkitan COVID-19 dan keadaan banjir di situ.
"Kita akan pastikan PPS yang kita telah kenal pasti dapat tampung kes yang positif.
"Sekarang ini kalau positif, akan diasingkan dan dikuarantin di rumah, jadi (apabila berlaku bencana banjir) PPS isolasi yang kita kenal pasti ini akan tempatkan mereka di situ," katanya kepada pemberita selepas menerima Pingat Ketua Pengarah (PKP) pada majlis penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini pada Rabu.
Dr Noor Hisham berkata KKM juga akan menawarkan perkhidmatan pemberian vaksinasi COVID-19 di PPS isolasi terpilih kepada individu yang belum atau tidak lengkap mendapatkan pelalian itu.
"Kita akan imbangkan untuk kita pastikan tiada penularan COVID-19 di PPS selain menggunakan strategi ujian saringan, tindakan kesihatan awam dan liputan vaksinasi.
"Kalau ada mereka yang ketinggalan dalam dapatkan vaksinasi, kita akan tingkatkan liputan pemberian vaksinasi di PPS (isolasi) dan mereka juga boleh dapatkan dos penggalak di sana," katanya.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun dilaporkan berkata sejumlah 5,693 PPS membabitkan fasiliti sekolah, dewan orang ramai, balai raya dan pusat komuniti setempat disediakan di seluruh negara yang berkemampuan menempatkan kira-kira 1.63 juta mangsa banjir.
Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mengenal pasti rumah yang mempunyai individu sedang menjalani kuarantin atau pesakit COVID-19.
"Dengan cara itu, kita dapat memaklumkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah rumah mana yang perlu dihantar pasukan khas yang memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk kerja menyelamat.
"Bagi mangsa banjir yang tidak dijangkiti atau berisiko, kita selamatkan macam biasa," katanya.
Aminuddin berkata ujian saringan COVID-19 menggunakan air liur akan dilakukan bagi kemasukan mangsa banjir yang bergejala ke PPS manakala mangsa banjir yang sihat tidak perlu melakukan ujian saringan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 24 2021
Dr Noor Hisham berkata PPS isolasi itu bagi memastikan penularan jangkitan dapat dikawal di sesuatu kawasan yang ditimpa banjir. - Foto BERNAMA
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.