awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 rumah hangus, 100 penduduk Kampung Simunul hilang tempat tinggal

Bernama
Bernama
02/04/2021
12:40 MYT
20 rumah hangus, 100 penduduk Kampung Simunul hilang tempat tinggal
Fazizul berkata 19 anggota bomba termasuk pasukan bantuan dari Kunak dan Balai Bomba Atas Air Semporna bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.13 pagi. - Foto Facebook @Ohh Sempornaku
SEMPORNA: Dua puluh rumah atas air musnah dalam kebakaran di Lorong 5, Kampung Simunul di sini pagi tadi menyebabkan kira-kira 100 penghuni hilang tempat tinggal.
Kejadian kira-kira 11 pagi itu dipercayai bermula dari sebuah rumah dan api merebak dengan cepat membabitkan keluasan 0.4 hektar berikutan kedudukan rumah yang rapat namun tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera dalam kejadian itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Fazizul Hizam Borhan berkata 19 anggota bomba termasuk pasukan bantuan dari Kunak dan Balai Bomba Atas Air Semporna bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.13 pagi.
"Setiba di lokasi, pasukan bomba melakukan pemadaman dengan teknik Offensive Firefighting dan berjaya mengawal kebakaran itu sepenuhnya pada 1.11 tengah hari," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran Zon 5 BBP Tawau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Semporna
#kemalangan
#hilang
#kebakaran
#bomba
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan