awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

200 kaligrafi percuma diedar sempena Tahun Baharu Cina

Bernama
Bernama
08/02/2024
00:30 MYT
200 kaligrafi percuma diedar sempena Tahun Baharu Cina
Syahbuddin (tengah) bergambar kenangan bersama ahli Persatuan Buddha Gua Musang dengan kertas doa sebelum diagihkan kepada penduduk setempat di Kampung Baru. - Gambar Bernama
GUA MUSANG: Sebanyak enam penulis dan pelukis kaligrafi Cina yang berpengalaman dibawa khas dari Kota Bharu ke daerah ini untuk melakar secara langsung bai-bait ucapan dan harapan yang baik sepanjang tahun naga ini.
Pengerusi Persatuan Buddha Gua Musang Cheong Oi Fun, 61, berkata kaligrafi yang ditulis pada 200 kertas berwarna merah atau Hongzhi itu kemudian diberi secara percuma kepada masyarakat Cina di Kampung Baru, Bandar Lama di sini bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba hujung minggu ini.
"Inisiatif ini juga sebagai usaha mengurangkan beban dalam menyediakan kelengkapan perayaan ... kebiasaannya hiasan pintu dan dinding bangunan ini dijual pada harga RM50 hingga RM100, bergantung kepada jenis Hongzhi yang digunakan," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Baru di sini pada Rabu.
Malah, katanya seni itu kini sukar didapati kerana kaum Cina di daerah ini ketandusan penulis kaligrafi berbakat, justeru pihaknya mengundang khas penulis kaligrafi dari Kota Bharu untuk berkongsi ucapan dan harapan yang ditulis pada kertas merah itu, memberi simbolik kepada kemeriahan dan membawa ong atau tuah dan nasib yang baik.
"Mempamerkan doa dan harapan ini merupakan antara elemen penting dalam menyambut tahun baharu, ia melambangkan permulaan semangat yang baharu, kemakmuran dan keuntungan yang akan diperoleh dalam hidup," katanya.
Pelukis kaligrafi daripada Persatuan Seni Lukis Cina Kota Bharu Lee Her Shin, 32, berkata dia berpuas hati dapat berkarya meskipun ia dihasilkan secara percuma.
"Saya bekerja sebagai seorang pereka grafik dan hampir setiap masa saya hanya berada di hadapan komputer menyiapkan kerja. Jadi, saya sangat seronok dapat bergaul dan bersembang dengan penduduk setempat hari ini.
"Walaupun tidak mengenakan sebarang bayaran, saya tetap tidak 'rugi' kerana dapat melepaskan tekanan kerja dan gembira apabila pengunjung sanggup menunggu dan melihat saya melukis secara live (langsung). Usaha saya terasa amat dihargai mereka," katanya.
Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Tengku Indera Petra 1 Phuah Siew Yien, 17, antara lebih 30 belia yang turut serta dalam mengagihkan doa berbentuk kaligrafi itu berkata tulisan yang cantik dan kemas merupakan ciri-ciri yang ditekankan dalam kaligrafi kerana dekorasi ini bakal menjadi tatapan tetamu yang berkunjung sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina.
"Tulisan doa yang diedarkan hari ini amat sukar didapati di sini. Semua orang tahu menulis dan melukis menggunakan berus, tetapi tidak ramai yang dapat memberikan hasil yang cantik.
"Doa dalam bentuk kaligrafi ini juga perlu menjadi seni yang mengetengahkan keaslian dan kekayaan tulisan Cina," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#pelukis kaligrafi
#tahun naga
#hiasan pintu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan