MALAYSIA
20,000 rakyat Malaysia daftar sertai misi Global Sumud Flotilla
Nadir al-Nuri. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sambutan rakyat Malaysia terhadap inisiatif kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) meningkat mendadak kepada 20,000 pendaftaran selepas misi terbaharu pasukan itu berakhir.
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri berkata, angka tersebut meningkat berbanding hanya 600 pendaftaran rakyat Malaysia sebelum misi GSF dijalankan.
“Enam ratus orang Malaysia daftar untuk ikut GSF melalui laman webnya sebelum misi.
“Namun selepas misi tamat, 20,000 lagi telah mendaftar. Break the silence Malaysia: accomplished,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Terdahulu, pada 2 Oktober lalu, rejim Israel telah memintas kesemua 42 kapal misi kemanusiaan GSF ke Gaza dan menahan 495 aktivis termasuk 23 dari Malaysia yang kemudian dibebaskan secara berperingkat bermula 4 Oktober. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Lebih 20,000 rakyat Malaysia mendaftar menyertai misi Global Sumud Flotilla selepas misi terbaru pasukan itu berakhir, meningkat drastik daripada hanya 600 pendaftaran sebelumnya.
- Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri mengesahkan peningkatan jumlah pendaftaran tersebut melalui laman web selepas misi GSF dilaksanakan.
- Sebelum ini, pada 2 Oktober, rejim Israel menahan kesemua 42 kapal misi GSF ke Gaza dan menangkap 495 aktivis termasuk 23 dari Malaysia; mereka dibebaskan secara berperingkat bermula 4 Oktober.