KUALA LUMPUR: Tahun 2020 adalah tahun 'bergelora' bagi kebanyakan orang di seluruh dunia. Cuaca melampau atau ekstrem yang digabungkan dengan pandemik COVID-19 memberi tamparan berganda kepada penduduk global.
Tidak seperti apa yang ramai percaya, kelembapan ekonomi yang berkaitan dengan pandemik tidak menghentikan pemacu perubahan iklim - menurut laporan State of the Global Climate 2020 menyusun data Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dan rangkaian rakan kongsi.
Tahun lepas adalah satu daripada tiga tahun yang paling panas direkodkan walaupun berlaku fasa sejuk La Nina. Suhu purata global adalah 1.2 darjah Celsius di atas paras praperindustrian (1850-1900), manakala enam tahun sejak 2015 adalah yang paling panas pernah dicatatkan.
Untuk menyebabkan suhu dunia meningkat dengan hanya 1 darjah Celsius memerlukan banyak haba - cukup mencairkan glasier, menaikkan paras laut dan menyebabkan rumah berjuta-juta orang ditenggelamkan air.
Tahun 2011 hingga 2020 adalah dekad yang paling panas direkodkan. Oleh itu adalah tidak menghairankan ia menjejaskan pembangunan sosioekonomi, penghijrahan dan pemindahan, keselamatan makanan serta ekosistem darat dan marin di seluruh dunia.
Laporan itu juga mendokumentasikan petunjuk sistem iklim termasuk kepekatan gas rumah hijau, peningkatan suhu darat dan lautan, kenaikan paras laut, pencairan ais dan ancaman glasier dan cuaca ekstrem.
Aktiviti manusia juga menyebabkan lautan menyerap lebih daripada 90 peratus haba yang berlebihan daripadanya.
Menurut Perkhidmatan Marin Copernicus EU, 2019 mencatatkan haba lautan tertinggi dan trend ini berkemungkinan berterusan hingga 2020.
"Kadar pemanasan lautan sejak beberapa dekad yang lalu adalah lebih tinggi daripada purata jangka panjang, menunjukkan pengambilan haba yang berterusan terperangkap oleh gas rumah hijau," menurutnya.
Laporan itu juga mempertimbangkan pandemik COVID-19 sebagai dimensi baharu dan tidak diingini terhadap bahaya cuaca, iklim dan air, dengan kesan gabungan yang meluas terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia.
"Sekatan pergerakan, kegawatan ekonomi dan gangguan kepada sektor pertanian memburukkan lagi kesan cuaca dan cuaca yang melampau sepanjang keseluruhan rantaian bekalan makanan, meningkatkan cabaran dalam kawalan keselamatan makanan dan memperlahankan penyampaian bantuan kemanusiaan.
"Pandemik ini juga mengganggu pemerhatian cuaca dan usaha pengurangan risiko bencana yang rumit," menurut laporan itu.
Ia menambah bahawa bongkah ais di Greenland juga 'menderita' kerana ia terus kehilangan ais. Kira-kira 152 gigaton ais mencair dari badan ais kedua terbesar di dunia antara September 2019 dan Ogos 2020.
Setiausaha Agung WMO Prof Petteri Taalas berkata adalah penting untuk menyesuaikan diri dengan trend perubahan iklim dan mencadangkan melabur dalam perkhidmatan amaran awal dan rangkaian pemerhatian cuaca untuk pemantauan lanjut.
"Beberapa negara kurang maju memiliki jurang besar dalam sistem pemerhatian mereka dan juga kekurangan teknologi canggih bagi perkhidmatan cuaca, iklim dan air," katanya sambil menggesa negara-negara mengambil tindakan dan melakukan pelepasan sifar menjelang 2050.
"Laporan ini menunjukkan bahawa kita tidak mempunyai masa untuk membazir. Iklim berubah dan kesannya terlalu mahal untuk manusia dan dan planet ini. Ini adalah tahun untuk bertindak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 21 2021
Tahun 2011 hingga 2020 adalah dekad yang paling panas direkodkan. - Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Ribuan ikan ditemui mati akibat cuaca sejuk melampau di Greece
Kebanyakan ikan didapati terapung di permukaan Lagun Richo di Tasik Drepano selepas suhu jatuh kepada 0 darjah Celsius.
2020 antara tahun paling panas direkodkan - WMO
Cuaca melampau atau ekstrem yang digabungkan dengan pandemik COVID-19 memberi tamparan berganda kepada penduduk global.
MH370: Umpama mencari sebatang jarum dalam timbunan rumput kering
Pasukan SAR dalam misi mengesan pesawat MH370 harus berdepan dengan angin kuat dan ombak besar setinggi lima meter.