awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2024 fokus pembangunan ekonomi, pastikan Malaysia kembali disegani - PM

Bernama
Bernama
10/02/2024
07:15 MYT
2024 fokus pembangunan ekonomi, pastikan Malaysia kembali disegani - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pembangunan ekonomi dan menggalakkan pelaburan menjadi fokus Kerajaan Madani dalam mengembalikan status Malaysia sebagai sebuah negara disegani, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata bagi merealisasikannya, Kabinet telah menetapkan beberapa perkara dalam aspek pembangunan ekonomi untuk diberi penekanan dan dilaksanakan pada tahun ini termasuk meningkatkan pelaburan dan mengembangkan keupayaan negara dalam semua bidang seperti pendidikan, kesihatan dan kebudayaan.
"Dengan kestabilan politik dan Kerajaan Madani yang kukuh, kita mesti menumpukan kepada pembangunan ekonomi, meningkatkan pelaburan dan mengembangkan keupayaan kita dalam semua bidang.
"Bagi 2024 ini, Kabinet sangat fokus untuk memastikan semua tumpuan itu dilaksanakan agar Malaysia kembali menjadi negara yang hebat dan disegani di rantau ini," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di dewan KLSCAH di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Presiden KLSCAH Ngan Teng Ye dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
Anwar berkata dengan kekuatan penyatuan setiap kaum di negara ini, beliau yakin semua pihak akan terus berperanan menjayakan hasrat meningkatkan kemajuan negara, sekali gus menjadikan Malaysia kembali sebagai sebuah negara hebat di rantau ini.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata hubungan Malaysia - China yang kini pada tahap strategik dan membanggakan, mampu membawa lebih banyak pelaburan ke negara ini, malah hubungan baik kedua-dua negara akan terus dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat.
"Kita gunakan sejarah panjang hubungan Malaysia - China untuk tunjukkan ia merupakan hubungan yang aman dan sekarang kita tumpu hubungan ekonomi.
"Seperti yang kita sebut, China antara negara utama yang melabur dalam sektor ekonomi di negara ini dan sekarang kita terus kembangkan hubungan itu meliputi bidang pendidikan, kebudayaan, kerjasama antara universiti serta dengan syarikat-syarikat besar negara terbabit," katanya.
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan KLSCAH atas kerjasama dan dukungan berterusan yang diberikan kepada kerajaan dan dirinya sejak beliau aktif dalam gerakan mahasiswa sehingga era reformasi pada 90-an.
Menyifatkan kerjasama itu sebagai luar biasa, Perdana Menteri berkata KLSCAH sentiasa ada ketika diperlukan dan kini menyokong penuh usaha kerajaan membangunkan ekonomi serta menentang amalan rasuah.
"Saya mahu ucapkan terima kasih kepada KLSCAH yang terus beri sokongan terhadap usaha perangi rasuah yang saya sebut sebagai kesalahan besar di dalam negara yang harus dihentikan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Tahun Baharu Cina
#ekonomi malaysia
#negara disegani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan