awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
e-Invois fasa 4, STSDS fasa bermula esok, pemangkin reformasi percukaian digital negara
PM Albanese puji semangat rakyat Australia susulan serangan di Bondi Beach
Sindiket pekerjaan Myawaddy: Mangsa dibiar kelaparan, dipukul dengan besi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2026 buka lembaran baharu untuk Sabah terus maju - Hajiji

Bernama
Bernama
31/12/2025
06:38 MYT
2026 buka lembaran baharu untuk Sabah terus maju - Hajiji
Hajiji (foto) menegaskan kesediaan kerajaan untuk memastikan perpaduan, kemakmuran, dan pembangunan inklusif dalam usaha mencapai kemajuan yang adil bagi semua rakyat Sabah. -Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Tahun 2026 membuka lembaran baharu untuk Sabah terus maju dengan keazaman yang kuat dan semangat kebersamaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ringkasan AI
  • Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 dilancarkan dengan komitmen kerajaan negeri untuk pembangunan holistik, inklusif, dan komprehensif demi kemakmuran berterusan negeri itu.
  • Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menegaskan kesediaan kerajaan untuk memastikan perpaduan, kemakmuran, dan pembangunan inklusif dalam usaha mencapai kemajuan yang adil bagi semua rakyat Sabah.
  • Dengan mandat baharu, kerajaan negeri berkomitmen untuk memperkukuh tadbir urus, mengekalkan kestabilan politik, serta memacu pembangunan komprehensif demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata kerajaan negeri bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang holistik, inklusif dan komprehensif bagi memastikan kemakmuran berterusan serta masa depan lebih cerah dan berdaya saing untuk negeri itu.
"Mengimbau kembali tahun 2025, ia adalah tahun yang baik, dibina atas asas pembangunan yang kukuh dan kemajuan konsisten melalui pelaksanaan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0.
"Kerajaan negeri meneruskan landasan ini menerusi Hala Tuju SMJ 2.0, dengan mengukuhkan komitmen kami terhadap perpaduan, kemakmuran dan pembangunan inklusif, agar kemajuan yang dicapai dapat dinikmati secara adil oleh seluruh rakyat Sabah," katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2026 hari ini.
Hajiji turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Sabah atas mandat baharu yang diberikan untuk terus memimpin negeri ini, sambil menyifatkan kepercayaan dan sokongan itu sebagai satu amanah besar yang akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
"Dengan mandat baharu ini, kerajaan negeri kekal komited untuk memperkukuh tadbir urus, memastikan kestabilan politik yang berterusan dan memacu pembangunan komprehensif untuk kesejahteraan rakyat," katanya.
Hajiji berkata sepanjang lima tahun lepas, usaha berterusan untuk mewujudkan kestabilan dan persekitaran yang kondusif telah membuahkan hasil yang ketara dan memberi manfaat kepada negeri.
Beliau turut berharap semua rakyat Sabah dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kejayaan.
"Bersama-sama rakan Jemaah Menteri negeri, saya dengan penuh keikhlasan mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada semua," katanya.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah pelan pembangunan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Sabah pada tahun 2026 berdasarkan perutusan Ketua Menteri? A: Kerajaan Sabah akan melaksanakan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang holistik, inklusif, dan komprehensif.
  • Q: Apa yang menjadi fokus utama dalam pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0? A: Fokus utama pelan pembangunan SMJ 2.0 adalah untuk memastikan kemakmuran berterusan serta masa depan lebih cerah dan berdaya saing bagi Sabah.
  • Q: Apakah yang diharapkan oleh Ketua Menteri daripada pelaksanaan pelan pembangunan SMJ 2.0? A: Ketua Menteri berharap agar kemajuan yang dicapai melalui pelan pembangunan SMJ 2.0 dapat dinikmati secara adil oleh seluruh rakyat Sabah.

Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#Sabah
#Tahun Baharu 2026
#Sabah Maju Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan