[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

203 ditahan cuba rentas negeri, daerah di Tahun Baharu Cina

Astro Awani 13/02/2021 | 10:55 MYT
Hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina menyaksikan kesalahan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran merekodkan kesalahan tertinggi iaitu 203 individu. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina menyaksikan kesalahan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran merekodkan kesalahan tertinggi iaitu 203 individu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 759 individu yang ditahan dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
Katanya, daripada 759 yang ditahan, 715 individu dikompaun dan 44 direman.
Berikut merupakan perkara penting berkait penguatkuasaan PKP semalam:
#ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan #COVID-19 #ujian saringan #rentas negeri #PKP #SOP #warga asing